Hari ini 25 April 2013 genaplah Ahmad Izzet Ozil berusia 2 tahun. Pelbagai dugaan saya hadapi dari mula mengandungkan izzet sehinggalah selepas dia lahir. Dari dugaan rahim tidak kuat, cerclage, bed rest dan seterusnya terpaksa menghadapi kenyataan yang dia dilahirkan bersama tanda lahir dimuka. Dan bermulalah episod untuk mengurangkan tanda lahirnya itu dengan rawatan laser di HKL sejak dia dari 3 bulan lagi. Alhamdulillah semua itu menjadikan kami kaya dengan sebuah lagi pengalaman hidup yang sungguh berharga.
Bermula lah perjalanan pengalaman penyusuan buat kali kedua yang cukup indah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dalam ilmu-ilmu yang telah dikutip sebelum ini. Saya tidak mengalami masalah-masalah dalam penyusuan seperti bengkak susu, puting luka dan sebagainya waktu dalam pantang. Malah dapat merealisasikan impian untuk 'bersara' dari pam sepenuhnya mulai saat itu. Tidak lagi bergelumang dengan pam dan botol-botol seperti waktu azri dahulu.
Post-laser pic yang ke-9 itu yang nampak kesan lebam-lebam,
Rasa sedikit emosi pulak bila melihat gambar-gambarnya semasa bayi. Rasa rindu dengan waktu itu. Sekarang dia dah besar, dah tak 'baby' lagi. Dah asyik lari sana-lari sini. Dukung pun dah tak nak sangat. Sekejap bergusti dengan abang pula.
Dan sempurnalah sudah penyusuannya sehingga ke 2 tahun ini. Dan masih lagi menyusu tidak ada tanda-tanda untuk berhenti lagi, huhu.
Waktu-waktu yang dia menyusu sahaja buat saya rasa seperti dia masih bayi lagi. Bila diusia begini, gaya menyusu sudah bebas, kadang-kadang kita sampai rasa sakit tak selesa.
Sama seperti azri, setiap kali ulang tahun memang tidak pernah disambut dengan parti harijadi dan sebagainya. Kadang-kadang teringin nak buat tapi banyak pula kekangan masa. Hanya sekadar disambut dalam suasana memperingati sahaja seperti beli kek, tiup lilin, dan belikan hadiah.
Semoga anakanda izzet membesar menjadi anak yang soleh, sayang menyangi diantara adik-beradik, keluarga dan saudara2 mu, berjaya didunia dan akhirat didalam rahmat dan keberkatan Allah S.W.T amin!