Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Kegunaan DC/AC Car Power Inverter

$
0
0
Mungkin ramai yang dah tahu kegunaan power inverter ini. Untuk ibu-ibu menyusu yang sentiasa perlu memerah 'on-the-go' jika jenis pam anda tidak mempunyai bateri. Inilah kegunaan power inverter ini jika hendak memerah didalam kereta.

Ini saya punya inverter, sewaktu menggunakan pam Spectra 3 dahulu. Lama dah tak guna ni, tapi masih tersimpan rapi dalam dashboard kereta. In case kalau laptop kehabisan bateri dan untuk kegunaan2 yang lain. Ada gak tanya saya takmahu letgo ke, oh tidak! Kenangan sewaktu EP dahulu :)

Google pic

Power inverter ni ada banyak jenis dah sekarang, ada yang kena soket 3 pin tu, ada yang dah siap-siap tak perlu soket  converter tu lagi. Ada port untuk USB juga. Tapi sekarang punya power inverter dah canggih2, ada yang lebih slim dan pelbagai bentuk. Gugel je lah! Lagi satu saya tetap suka bentuk yang ini sebab boleh masuk dalam cup holder kereta tu..hehe!

Range harga sekarang ni saya tengok dari RM40-RM200 pun ada, harga berbeza-beza ikut watt, ada yang 500w, 1000w etc. Masa saya beli dulu lebih kurang RM80 lebih kot, saya beli di Lelong.com.my tahun 2008.

So ibu-ibu tiada alasan untuk tidak boleh memerah dimana-mana walau apa jua jenis pam elektrik yang digunakan. Yang penting hendak atau tidak sahaja. Bila kita rajin dan konsisten, insyallah bekalan susu akan sentiasa dapat dipenuhi untuk si manja. :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>