Wah, sepanjang bulan ni gamaknya entri-entri mengenai progress kerja-kerja nak masuk rumah baru je lah :) Selain daripada suka-suka nak update dalam blog :D disamping dapat juga menjadi rujukan orang lain. Sebab selama ini pun banyak yang saya tak tahu kerja-kerja pemasangan, pengubahsuaian etc sebelum memasuki rumah baru. Mana tahu nanti, ada yang mengugel nak buat comparison ke :)
Kerja pertama yang telah mula dilakukan dirumah kami adalah kerja-kerja 'Air-cond piping/cable conceal'. Sebelum kita nak pasang unit penghawa dingin, kerja-kerja menebuk dinding bagi meletakkan paip untuk menyalurkan kabel dan juga paip air air-cond. Tujuannya nanti, kita takkan nampaklah wayar kabel dan paip aircond tu ditepi-tepi dinding, semuanya telah disembunyikan didalam dinding.
Kerja-kerja pipe conceal ini adalah pilihan boleh buat atau pun tidak. Pro-nya, ianya akan nampak lebih kemas so tak nampak lah semua kabel dan pipe2 tu. Cons-nya ianya akan menambahkan extra kos dalam pemasangan air-cond. Lagi satu, kerja-kerja pipe conceal ini lebih baik dibuat ketika rumah masih kosong kerana kerja-kerja menggerudi tu akan buat satu rumah berhabuk.
Kos kerja-kerja ini bergantung kepada berapa tempat unit air-cond yang akan dipasang, jarak yang perlu digerudi dari unit air-cond itu sehinggalah ke luar rumah. Sebagai contoh, kos kerja ini untuk rumah kami adalah RM2400 termasuk copper pipe yang akan diletakkan sekali. Kos itu untuk spot 5 biji unit air-cond yang akan dipasang, 3 biji dibilik atas, 1 biji bilik bawah, 1 biji diruang tamu. Kos ini tak termasuk dengan air-cond dan upah pemasangan air-cond tu, yang tu harga lain.
Kenapa banyak bebenor air-cond yang hendak dipasang nanti jenuh lah nak bayar bil elektrik. Pada pendapat saya alang-alang nak buat, biar lengkap semua. Nanti kendian-kendian hari nak pasang dah leceh dengan barang2 lagi. Lagipun bukan semua air-cond nak buka serentak pun kan, huhu!
Rupa laluan piping yang telah ditebuk dibilik bawah. Lepas tebuk tu mereka akan letak pipe kemudian simen semula. Anggaran kerja-kerja pipe conceal ini lebih kurang 4 hari. Lagi sedikit tempat yang nak diconceal tu lagi cepat lah siaplah kerjanya kot.
Yang ini untuk master bedroom. Yang ini tak stret je tebuknya, sebab dah dekat dengan luar.
Bilik diatas.
Contoh Copper Pipe