Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Cerita Plaster Ceiling - Gambar sebelum

$
0
0
Lega sebab kerja-kerja mengubahsuai ceiling rumah hampir selesai. Letih juga proses pencarian Plaster ceiling yang berpatutan disini.
 Sebelum ni dapat quotation daripada supplier dengan harga yang tak munasabah. Bayangkan tiga ruang (iaitu ruang tamu, ruang makan & dapur) yang hendak diplaster  berharga RM7800.

Akhirnya Allah tu nak selamatkan duit kami..kami dapat buat dengan satu supplier ni dengan harga RM3100 sahaja. Malah kami dapat lebih lagi bukan sahaja ruang tamu dan ruang makan sahaja, malah harga tu kami dapat buat untuk ruang bilik tidur utama dan ruang family ditingkat atas. Maknanya untuk 4 ruang tersebut kami dapat harga RM3100. Designnya pula adalah jenis Light Box (light through) untuk ruang tamu dan bilik tidur utama dan Round box (ruang makan)..

Design 'berlongkang' ni memang orang kata akan simpan habuk dan sarang labah2 bagai. Nak cantik punya pasal, marilah merajinkan diri. Opps lagipun kerja-kerja pembersihan kipas dan celah siling ini akan di-sub kepada encik suami yaa! Ye lah, orang laki lah kena panjat-panjat ni kan! :)

Jom layan gambar-gambar proses pemasangan plaster ceiling ini. Tapi semua gambar sebelum letak lampu je. Gambar dah ada lampu nanti tunggu dah pindah rumah yer..hehe!

Ini plaster ceiling untuk ruang tamu. Plaster ceiling untuk ruang tamu ini ada dua design sebenarnya. Satu dekat area tempat duduk, satu design lagi kat area pintu masuk..



 Siap design di bahagian tempat duduk. Tinggal nak touch up skit-skit je.

Yang ini pula design untuk bahagian pintu masuk pula.

Full view kedua-dua bahagian plaster ceiling untuk ruang tamu sahaja. Kat dalam 3 kotak tu akan diletakkan downlight kecil. Tengah fikir hendak cat warna kontra yang gelap kat dalam kotak-kotak tu sebab nampak design dalam katalog plaster ceiling hari tu..

Ini pula plaster ceiling untuk ruang makan..bersebelah je dengan ruang tamu. Buat bulat sebab nak match dengan meja bulat, ahaks! Gambar sebelum takda sebab sampai-sampai dah siap je. 

Yang ini pula plaster ceiling untuk bilik tidur utama..

 Ni pasang rangka aluminium dia dulu. Tak payah pecah semua macam ruang tamu, sebab just tambah light keliling je. Ruang tamu pecah ceiling semula sebab nak tambah round box kat tengah tu.



  Dah selesai. Sengaja saya pilih jenis yang beralun dekat bahagian sini sebab nak letak katil bawah ni. Nampak lah macam ada 'feature view' kat bahagian sini :)


*ada satu lagi bahagian family hall punya plaster ceiling belum siap lagi. Akan saya tepek kemudian disini yaa! :)




Lepas tu ada penambahan lagi, kami request untuk tambah simple cornice sahaja untuk 3 bilik yang lain. Sebab rasa nampak macam kosong je plak. Yang ni RM200 je setiap bilik. Cornice ni sume belum siap plaster lagi tu yang nampak kesan sambung2 etc

Harap dapat siap plaster ceiling ni by this week..Next orang wood flooring pula boleh masuk, yeayy! Opps ala, kena cat dulu, haishh!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>