Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lepas, saya dah mula 'intai-intai, skodeng-skodeng,' tentang fungsi Dishwasher ni atau boleh lah kita panggil mesin pencuci pinggan-mangkuk. Kalau nak diikutkan penggunaan mesin memang jaranglah orang pakai kat negara kita ni berbanding oversea nun!
Kenapa saya tiba-tiba tertarik dengan dishwasher ni sebab sebagai seorang suri rumah tangga tegar yang memasak pagi petang, sudah pasti banyak trip basuh membasuh sesudah memasak dan selepas makan kan. Bukan malas, tetapi jika ada mesin yang boleh membantu meringan kerja-kerja didapur, apa salahnya kan! kalau bajet lebih lalala :)
Purata masa yang saya habiskan untuk mencuci pinggan, mangkuk, periuk, besen etc adalah lebih kurang 20 minit setiap kali lepas masak dan makan. Ini kalau pinggan mangkuk, cawan penuh sesinki tu lah..hihi! Contoh lepas siapkan breakfast, bekas, kuali etc yang digunakan tak basuh lagi, tunggu lepas habis breakfast baru cuci sekali dengan pinggan mangkuk.
Begitu lah rutinnya untuk lunch dan petang/malam. Bayangkan jika penggunaan dishwaser ini praktikal (nanti kita listkan apa yang boleh dikatakan praktikal tu), ringan lah sedikit kerja akak didapur. Masa untuk mencuci pinggan mangkuk tu boleh buat kerja-kerja lain pula.
Lebih kurang begini lah mesin dishwashernya. Berdasarkan kefahaman ringkas saya yang belum menyeluruh lagi. Fungsinya lebih kurang begini lah, lepas kita dah buangkan sisa-sisa makanan tu kita terus masukkan dan susun dalam tray yang disediakan tu. Sebelum tu kita kena buat piping dia lah siap-siap lebih kurang macam basuh juga.
Sabun yang digunakan pun ada sabun yang khas untuk kegunaan dishwasher sahaja bukan sabun-sabun pencuci biasa yang kita gunakan tu. Dan harganya agak mahal sedikitlah dari sabun biasa. (Mengikut pembacaan diforum-forum).
Yang menjadi persoalan saya sama ada bolehkan ia membersihkan pinggan mangkuk sehingga betul-betul hilang kesan minyak etc tu? Ada yang saya baca diforum yang kata penggunaan dishwasher ni tak berapa sesuai untuk jenis masakan dinegara kita ni sebanyak banyak berminyak.
Satu lagi, bagaimana pula dengan pinggan mangkuk plastik, sudu plastik, cawan plastik etc, sebab selepas phase mencuci tak salah dia ada phase pengeringan yang menggunakan haba panas dan ada sesetengah mesin yang mempunyai fungsi sterilizer..
Penggunaan elektrik pun mungkin menjadi faktor saya untuk menggunakan dishwasher ini atau tidak. Bayangkan (seperti mesin basuh juga) kalau pinggan mangkuknya sedikit, kita perlu kumpulkan hingga sedikit banyak untuk memaksimumkan penggunaan dishwasher sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik. Jadi by the time kita nak tunggu pinggan mangkuk banyak sungguh, pinggan/cawan bersih pun dah takda nak guna kan..hihi! So nak taknak kalau ada sekeping dua pinggan dalam sinki tu baik kita basuh manual je kan...
Tak banyak review especially dalam negara mengenai fungsi Dishwasher ini. Apetah lagi nak cari brand yang mana lebih bagus. Antara jenama yang saya tahu seperti Bosch, Beko, Fagor. Kalau ada sesiapa yang pernah guna atau ada info mengenai dishwasher ni, bolehlah share-share dengan saya yer..tq :)