Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Marhaban Ya Ramadan

$
0
0
Fuh, lamanya tak 'meroyan' dekat blog. Minggu lepas sangat sibuk dan letih sebab angkut barang-barang..

Dah mula duduk dirumah baru sejak hari khamis yang lepas. Lepas perabot2 masuk selasa haritu.


Bangun pagi2 lihat luar rumah dah tak nampak lagi kereta, motosikal atau orang berjogging lalu lalang lagi. Sunyi je rasa tiba2 macam sedih lah pulak..huhu. Ye lah dah biasa duduk dalam kawasan hingar bingar kan.. tapi sejuk dan fresh je udara kat sini.

Syukur betul dapat lot semi D paling hujung sekali means sebelah tak menghadap rumah orang la..boleh buka langsir luas2 tak payah nak cover2..kih kih



Merasmikan meja makan baru..lupa nak beli baby chair utk izzet... :P


Yang ini ruang nak masuk.. dinding yang ada wall paper masih kosong je. Tengah fikir nak letak frame, cermin atau biarkan kosong. Kalau boleh nak letak ayat2 suci atau Allah Muhammad disitu..tapi masih tak jumpa design yang berkenan atau yang boleh match dgn wall paper dan lampu itu...


Sofa bed untuk bilik pelbagai guna didapur. Best juga sebab sofa ni boleh buat all position. Material dari soft suede memang sedap kalau buat tidur. Kalau jenis leather atau PU rasa tak selesa pulak..

Puasa pertama ni kami sambut di kajang dulu lepas tu nak bawa mak saya balik sekali ke rumah baru..sempat juga terjah Nilai lagi untuk sesi memborong karpet pulak..tungguuuu action pic di lain entri..kih kih

posted from Bloggeroid


Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>