Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Sekitar majlis kesyukuran& Jamuan raya

$
0
0
Alhamdulillah, majlis kesyukuran dan jamuan aidilfitri telah selamat dijalankan ahad lepas. Boleh dikatakan ini majlis pertama kali yang kami buat. Memang sebelum-sebelum ini memang tak pernah buat apa-apa majlis hatta parti harijadi ataupun open house kecil-kecil ke pun tak pernah buat. Sempena berpindah ke rumah baru ni memang cadangnya nak buat kenduri kesyukuran skit..


                           
Untuk majlis ini semuanya main 'order saje', khemah, kerusi siap berbungkus bagai memang macam nak kenduri kahwin pun ado, huhu! Mula-mula rasa macam banyak je khemas nak pasang sampai 3 biji tapi pada hari kejadian memang berbaloi ada khemah lebih, tetamu yang datang memang ramai. Kebanyakkan kawan-kawan encik boss ler, huhu!. Sekurang-sekurangnya selesa skit dapat makan, takda lah separuh dalam rumah, separuh luar, separuh berdiri dan sebagainya. Itu pun tak cukup gak yop, sampai ada yang kena makan kat dlm, tunggu turn la etc..huhu!

                           
(Ini pun cilok pic kawan yer, hihi!)

Lauk pauk katering pun macam ala-ala nak kenduri kahwin yop. Kambing 2 ekor, kambing golek lagi, Ayam masak merah, kuih muih. Alahai tak sempat nak snap gambar menu-menu. Sebab tepat pukul 11am, tetamu ada yang dah sampai, tapi makananya katering baru terkial-kial nak hidang dalam buffet, kelewatan pasal ingatkan majlis kami start pukul 12pm...grrrrr!

 Kambing yang digolek 'live'. 


Tak ramai pun rakan-rakan saya yang datang. Maklumlah semuanya nun jauh di KL, uhukkk! Ini pun rakan Susuibu dari Seremban yang singgah ke rumah saya, yang datang beraya di rumah saudara maranya sekitar Batu Pahat..terima kasih kerana bertandang ke majlis saya :)

'Kembar' saya a.k.a Haryati Hussin pun yang juga datang kebetulan berada di JB pada hari tersebut. 

Thanks for coming, dear! :)

Lepas zohor, anak2 tahfiz datang untuk buat baca doa dan tahlil dirumah sekali..


Ok beratur nak salam tuan tanah (sambil dapat duit raya, hihi!)


Hai lah anak-anak nasib baik pandai bawa diri. Mak paknya dah sibuk 'kelaut' melayan tetamu...

Alhamdulillah selesai sudah majlis yang dirancang. Terima kasih kepada para tetamu yang sudi singgah ke majlis kami. Mohon maaf dipinta andai terdapat kekurangan, terkurang layanan :) pada hari tersebut.

#Tak tahu lah lagi bila akan buat majlis begini lagi...huhu! Kalau ada rezeki lagi, insyallah....



Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>