Eh saya ada ruang makan ekpress juga? Tak pasti nak panggil sama ada ruang makan keluarga ke, ruang makan mini ka atau ruang makan ekspres. Ekspres lah sangat sampai tak pernah pun makan kat situ sebab dah jadi tempat letak barang.
Inilah rupa dapur saya yang masih kosong tiada lagi kabinet. Pada siapa yang tak tahu cerita kenapa ianya masih kosong boleh la terjah entri pasal dapur saya ni :) Masa tu saya tak habis snap gambar lagi sebab punya lah serabut bahagian tempat makan (so-called ekspres tu) yang terletak sebelah fridge saya. Moh tengok pic dibawah..
Ini lah rupanya ruang makan ekspress tu. Yang ni kira dah berkurang juga barang-barang. Kalau masa sebelum nak raya dan open house tempoh hari memang penuh la kat situ dengan cawan, pinggan-mangkuk nak-nak yang kat sudut tu memeng penuh dengan kotak-kotak isi botol-botol kuih, kuih raya bersusun-susun sampai ke titles atas nun.
Memang tak pernah or dapat makan-makan kat meja ni. Meja ni saya beli dekat IKEA sebab ianya boleh dilipat macam pic kat bawah ni. Motif utama beli yang macam ni sebab andaikata bila dah pasang kabinet yang designnya nanti siap ada 'island' ke, mini counter ke etc , boleh saya buat tempat ukur dan potong kain kat dalam bilik serbaguna a.k.a bilik menjahit saya tu. Bilik tu kan kecil, kalau dah habis guna leh lipat macam kat bawah ni. Kalau saya beli set meja makan betul, tak ke dah tak tahu mana nak letak kemudian nanti. In caselah kalau taknak letak kat dapur lagi meja ni..
Kalau ada yang berkenan, leh browse dalam website IKEA, namanya Norden Gateleg Table. Kerusinya saya ambil yang jenis boleh lipat juga.
Gambar setelah siap dikemas.
Semua hiasan di import dari IKEA, hehe!
Sebenarnya ruang ini adalah sementara sahaja. Selepas siap projek nak extend dapur nanti. Ruang ini akan jadi ruang makan tetamu. Meja bulat yang kat sebelah ruang tamu depan tu akan dipindahkan ke sini.
Motif carpet kotak-kotak berada depan fridge dan water filter adalah untuk mengelak kebasahan. Sebelum ni tak pernah letak sebab budak-budak suka amik air sendiri kat situ, pastu buka tutup peti ais amik itu ini. Asyik-asyik nak kena lap je air dan segala kecomotan yang ada dikawasan tu.
Satu kelemahan wood flooring ni takleh selalu kena air. Best memang best, kaki tak sejuk dan tumit pun kurang ler pecah-pecah (sebab kaki alah batu huhu). Last-last saya letak je karpet depan tu. Ok bertabah lah nak cantik punya pasal, kena lah rajin. :P
Selingan, siapa nak demo test air kat rumah uols leh roger-roger akak! :) Nak-nak yang rumah masih baru paip pun masih baru so silalah pasang tangki penapis kat luar juga..