Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Home Decor Addiction?

$
0
0
Sekarang baru saya rasa apa yang orang yang dah duduk rumah sendiri rasa..huhu. Rasa apa ek? Rasa ketagih nak menghias rumah tak habis-habis je kerjanya. Dulu saya suka duduk skodeng blog-blog kawan-kawan yang seronok men-deco rumah masing. Dari blog pasal penyusuan dah jadi blog pasal deko rumah. 

Dulu saya tak terfikir pun nak blog pasal kemas-kemas, susun atur dan macam-macam lah. Sekarang kerjanya semua nak update dalam blog. Ketagih sungguh lah. Kalau orang baru dapat baby kerjanya asyik nak shopping barang-barang baby je. Orang yang masuk rumah baru juga kerjanya asyik nak shopping barang-barang rumah tak habis-habis.

Dalam keghairahan men-deco rumah sebenarnya bukan lah nak show off ke apa, sekadar nak berkongsi rasa keterujaan dan mungkin boleh jadi inspirasi buat orang lain. Sebab saya pun suka terjah blog-blog rakan2 yang suka menghias rumah ni untuk dijadikan sumber rujukan dan inspirasi rumah sendiri.

Jadi kalau ada yang nak muntah hijau asyik tengok gambar deco akak meroyan dalam blog ni sila lah jangan buka atau baca ya...hihi! Dan sebab ketagih deko ni saya rasa, saya dapat lebih ramai geng-geng bloger yang kaki deko rumah ye tak?

Saya sekarang ni sedang mengalami simptom-simptom seperti dibawah.  Ada ke kawan-kawan yang dah duduk rumah sendiri atau baru berpindah kerumah sendiri seperti ini? huhu..

1. Asyik berfikir hiasan dan aksesori apa yang boleh di letakkan di ruang-ruang yang ada dirumah.
2. Asyik google hiasan-hiasan rumah setiap kali merancang untuk menambah aksesori rumah.
3. Setiap kali keluar bershopping antara tempat wajib yang pasti akan disinggah adalah tempat aksesori hiasan rumah berbanding tempat baju ke baju anak-anak ke. Padahal dah pergi pun minggu2 lepas....huhu
4. Yang ni yang paling tak boleh tahan, kalau boleh nak semua ruang dalam rumah ni ditransform atau dihias dengan sekelip mata..huhu

Sudahnya kadang-kadang bila kita beli satu hiasan tu tiba-tiba bila dah sampai rumah kita rasa dah kurang masuk atau tak kena dengan tempatnya..dah terpaksa letak kat rumah mak pulak..hihihi..

Macam kat rumah saya ni sebenarnya masih tak banyak lagi hiasan-hiasan yang ada. Sebabnya saya kurang arif nak menghias rumah sangat,  takut yang dibeli tu tak kena. Lepas tu saya selalu rambang nak hiasan macam mana dan tak lama lepas tu ianya dah bertukar-tukar atau cepat boring..

To be safe saya selalu tunggu dan biar je dulu..sampai dah puas-puas survey dan lihat deko2 ditempat lain baru lah apply kat rumah sendiri. Bak kata kawan saya 'orang lain amik masa bertahun-tahun juga nak memenuhkan rumah dengan segala hiasan-hiasan dan aksesori yang ada'.

Satu yang saya pelajari dalam tempoh survey-survey hiasan dan deko rumah-rumah kat internet dan majalah bagai. Pemilihan perabot dalam rumah sebenarnya memainkan peranan penting untuk menampakkan ke-esklusif-an sesebuah ruang dalam rumah tu. Ye ke? hmm harap-harap saya tak tersalah pilih perabot la hendaknya...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>