Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Ilham deko: Ruang Tamu

$
0
0
                            

Kali akak nak kongsikan gambar-gambar keseluruhan ruang tamu rumah pula. Simple je tak banyak lagi aksesori hiasan yang. Hanya perabot-perabot dan aksesori basic sahaja yang ada kat ruang ni. Macam sofa, hall kabinet, divider etc.

Macam Hall cabinet, saya tak buat terus custom wall cabinet sebab saya takut kalau dimasa depan ada perancangan nak buat perubahan struktur kat dinding ie: nak lebar kan lagi ke, nak buat tingkap fesyen lain ke. So saya beli je kabinet sebiji ni. Tapi tu pun ramai ingat yang jenis lekap punya.

Seperti yang saya cakap, saya memang fail bab2 nak menghias aksesori apa yang sesuai. Kadang-kadang buntu nak letak apa dalam kabinet tu. Bila kosong je, nampak dull dan boring juga. So beli lah juga hiasan biasa2 skit-skit dulu..

Contoh macam IKEA Stockholm bowl ni. Mula-mula nak buat tempat letak buah-buah je. Tapi last2 buat hiasan kat atas kabinet ni sementara belum jumpa hiasan yang meletops lagi, huhu!

Yang ni pun hiasan IKEA juga, aksesori Liknande, beli 1 pack ada 2pcs, 2 corak macam kat pic tu. Saya berangan nak vase Royal Selangor tu huhu..later lah!

Seramik Allah & Muhammad ni saya beli sekali dengan lukisan kaligrafi hari tu.

Bantal hiasan pun beli dekat kedai One Stop je sebab tengok warna Silver tu macam matching dengan langsir je..hehe


Hall divider ni sebenarnya masa tengok kat showroom saya nak buat divider antara ruang makan dan ruang tamu. Tapi last-last jadi divider kat ruang masuk pintu. Sebab kat sini yang paling sesuai sekali. Pun masih kosong tak tahu nak letak apa.


Ni permandangan dari pintu masuk ke rumah kalau masuk akan lalu lah kat ruang yang macam 'galeri seni' pun ada, ceh berangan haha! Tak tahu lah tapi yang pasti lukisan kaligrafi tu memang cocok dengan ruang dinding berwallpaper tu. Sampai ke hari ni akak jakun lagi, haha!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>