Hujung minggu mulakan dengan mencuci car porch seawal pagi! Dah 2 bulan juga tak sental ni lantai luar ni. Bercintanya juga nak bersihkan satu laman ni sebab besar! Mujur ada 2 orang tukang cuci 'bertauliah' yang diimport khas ni.
Diorang memang pantang je bab ni. Hah, sila sental sampai berkilat yer! Jadi aktiviti musim cuti sekolah ni, hehe! Nak beli pool asyik tak jumpa je spec yang saya nak. Saya cari inflatable pool yang bawahnya tak flat means jenis yang ada air-cushion juga macam kelilingnya. Nanti kalau budak-budak ni terjun tiruk takdalah gedegang kat lantai. Siapa2 yang tahu kat mana ada jual ni, roger-roger saya ek..
Saya dah berangan nak beli mesin macam ni (berangan lagi, hehe!) Rasa macam berbaloi je dengan keluasan car porch tu. Ikutkan panjang car porch saya dari depan pintu rumah tu hinggalah pagar depan sepanjang 50kaki. Jenuh juga nak memberus. Pastu nak keringkan lagi. Tak silap fungsi mesin ni mencuci dan mengeringkan sekali. Macam mesin lori pencuci lantai kat shopping complex tu tapi yang ni jenis compact hand maneuver. Oh memang nak kena masuk dalam item wishlist barang-barang keperluan rumah!..huhu!
Dalam tengahari tu, ada lori datang pacak tiang telefon depan rumah, yeay! Dari awal bulan 7 lagi kami dah apply sebab nak pasang telefon, nak pasang broadband. Ada tiang sebelah sana, tapi terlalu jauh untuk disambung ke rumah kami, masa orang TM datang tengok tuhari depa kata nanti diorang apply satu tiang lagi kat sini.