Cerita pasal kalendar, kalendar jenis apa yang kalian suka? Kalau saya, dah tentu kalendar jenis ini sebab saya membesar dengan kalendar ni, huhu. Mak saya panggil ni kalendar kuda. Sebab selalu tengok kalendar dalam handphone je kadang-kadang rasa dah takperlu lagi.
Gigih dia mencari kalendar ni kat kedai2 runcit bila setiap kali masuk tahun baru. Ni dia bekalkan saya sekali tiga terus suruh letak kat rumah. Ala mak tak cun la nak gantung kat dinding sebarangan, hatta belakang pintu pun, huhu. Tapi memang saya nak kalendar ni, sebab senang nak tengok especially kalau ada public holiday.