Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Laku keras & 5th Blog Anniversary

$
0
0
Apekah tajuk laku keras? hehe terjemahan hot selling dalam bahasa kot, hihi. Takda lah sebenarnya saje nak cakap sejak aktiviti menjahit saya kembali aktif semula, alhamdulillah sambutan terhadap cloth pad & pantyliner LaLiLo sangat memberansangkan (chewahh!) .

Dalam masa 2 bulan, dari 30 keping cp yang saya dah buat, skarang tinggal ini sahaja yang available di LaLiLo store :) Eleh 30 keping pun nak kecoh kan..haha! Ye lah bagi saya yang kecil-kecilan nih, kira satu pencapaian hebat lah! Sebab saya pun bukan tukang jahit atau tailor tegar yang cari makan semata-mata dengan biz ni. Terus-terang saya hanya menjahit bila free sahaja. 

Sebab tu, saya  dapat banyak pertanyaan nak jadi agen lah, dropship lah kebanyakan terpaksa saya kata tak mampu nak buat dalam volume yang banyak. Saya hanya menjahit bila dah setel kerja rumah dan bila encik boss saya takda je, :) 

Sebab tu tak dah bukak slot tempahan (custom orders) sebab tak mahu stress nak siapkan tempahan. Malah ada juga yang minta saya jahit secara borong untuk satu item sebab nak supply ke sekian-sekian pun terpaksa saya tolak. Kalau ikutkan fuh masyuk la, tapi saya taknak tamak dan at the end stresskan diri sendiri :(

Saya punya misi dalam menjahit ni mestilah 'Stress-free, Chill & Relax, and the same time dapat duit poket" heheh!Thank you so much pada kawan-kawan yang sentiasa support saya :)

Sementara ni sedang menyiapkan Ladies Fancy Apron tempahan customer untuk wedding gift. Eh kata tak accept custom orders? haha Bukan tak accept tapi saya cuma terima bila saya takda apa tugasan menjahit yang perlu dibuat. Saya dah taknak terima tempahan berlapis-lapis macam dulu..huhu! Tempahan yang ni tak siap, masuk lagi tempahan baru..fuh! Dah siap nanti saya upload hasilnya :)

Awal  bulan Januari hari tu genaplah 5 tahun usia blog My XcLuSiVeLy XpReSsiNg ni. Lima tahun sudah menulis macam-macam tentang kehidupan sehari-sehari diblog ini. Saya mula berblog untuk menceritakan kisah Exclusive Pumping saya selama 2 tahun dan tak sangka dari EP itulah yang menjadikan saya sekarang ini, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) satu pengiktirafan yang paling tinggi pernah saya dapat dalam bidang penyusuan :) Terima kasih Allah atas segala nikmat, dugaan dan cabaran yang diberi. Semuanya mematangkan dan memberi pengalaman berharga untuk saya :)

#Misi menjahit seterusnya adalah CP Batch 3 dan limited edition, insyallah! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>