Dah balik bp baru boleh update blog pasal quota data HP dah limit. Walaupu harini hari ahad tapi harini adalah hari 'isnin' bagi kami disini..hehe! Kena keluar hantar anak sekolah semua tapi feel masih lagi dalam mood sunday..
Balik kajang haritu saya ambil kesempatan buat pertama kali selepas 7 tahun untuk buat rambut. Feeling memang happy gila. Hampir setahun lebih saya tgu rambut untuk panjang sedikit. Sebab saya selepas ada anak2 memang selesa berambut pendek sahaja senang dan ringkas sbb masa banyak perlu untuk urus anak2..
Tiga jam bertapa buat rambut kat saloon, anak2 tinggal kat rumah nenek jaga, ngeee! Syiok lama dah tak rasa orang ulit-ulit kepala..huhu. Excited nak seprais encik boss juga :D
Haruslah akak terjebak beli set extensive hair care. Hmm takpalah sekali sekala reward diri! Errrk? :D