Dua hari dua malam nak upload pic meroyan ni, huh! Streamyx kat area Parit Besar ni kurang stabil, kadang2 signal full, kadang2 takda langsung. Lagi2 kalau nak upload pic banyak-banyak. Haritu saya dah janji nak cite pasal pasal Peebles wash ni. Saya memang berkenan dengan stail gini. Cuma masa tu terfikir nak letak kat tembok2 dinding, tapi takda idea nak design lagu mana.
So buat dekat lantai lah dulu. Yang ni memang totally idea encik boss. Dia nak letak keliling
ruang car porch sehingga tepi rumah. Kami pilih kombinasi batu hitam dan putih, tukang yang buat tu orang cina, memang jarang nak jumpa orang kita yang mahir buat ni sebab takut tak kemas. Dia pun suggest pilih batu hitam dan putih, warna selamat la in case next time nak tukar2 warna senang nak match.
Size batu pun ada pelbagai size. Ada yang kecik sederhana hinggalah besar2 pun ada. Yang kami pilih pun size yang normal la sesuai untuk tempat yang nak dibuat tu.
Permandangan dari depan rumah.
Kat tiang-tiang pun kena lah ikut lengkoknya.
Bahagian tepi rumah.
Sekali lah cerita pasal anjung rumah kat atas depan bilik tidur utama. Kalau dulu bahagian ni terbuka dan tak berbumbung. Bila dah sambung bumbung atas, kami cuma renovate jadikan tempat sebagai anjung (balkoni) letak tiles dan glass railing. Ada gak cadangan untuk sambung je dan besarkan master bedroom tapi cukup lah dengan ruang bilik tidur utama tu..tu pun dah cukup besar dah. Kemudian2 lah kalau ada plan nak convert dan menambah bilik lagi..hehe.
kat keliling anjung ni pun kami letak peebles wash juga.
Pandangan dari depan pintu bilik utama ke anjung. Asalnya dulu takda pintu. kalau perasan bentuk peebles wash jadi bulat kat situ al kisahnya masa render konkrit kat anjung ni masa tu belum buat pintu lagI jadi lantainya dah tak sama tinggi dengan bilik dalam. Bila buat pintu, tak lepas nak bukak ke luar jadi kena ketuk skit buat ruang untuk bukak pintu.
Hasil Idea tukang tiles yang cadangkan bentuk bulat gini. Kalau Ikut kami mula2 just buat petak segiempat je huhu. Dan hasilnya boleh tahan juga, nampak macam unik skit..hehe
Dan bila di letak peebles wash lagi terserlah lah skit, chewahhhh! hehe.
Ok..cerita pasal renovasi yang lain di lain entri. Btw, pada yang bertanya kos peeble wash yg tukang cina ni buat RM18/sqft siap semua. Dalam pic ni semua batu2 ni belum lagi disapu pengilatnya sebab haritu ngam2 je siap sebelum nak raya so diorang sambung sapu kilatnya lepas raya..pastu cuaca plak asyik hujan je sekerat2 lately..sbb nak sapu kilat ni permukaan mesti kena kering dan cuaca panas..