Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Beg dan kasut lagi

$
0
0
Entri tak tahu nak cerita apa..kih kih.


Ini wallet saya yang dah berusia 8tahun masuk tahun ini. Sama dengan usia perkahwinan kami. Hadiah hantaran :). Masih tetap utuh. Brand Bonia, beli dekat Sogo masa tuh shopping barang2 untuk hantaran. Opps masa tu sendiri pilih dulu, encik boss bayar..kih kih.

Sampai saya tertanya 'bila lah aku nak tukar wallet yang baru', 'oh wallet lama masih elok lagi', ' hai lah wallet bila lag nko nak koyak'...bla bla..setiap cuci mata tengok wallet cantik2 kat kedai.

Nak tukar sayang sebab memang takda koyak2 pun kecuali plastik dekat tempat IC tu je lama dan tercabut. Tapi kadang2 jeles tengok wallet baru2 boring lak tengok wallet sendiri. Tapi bila kenangkan sentimental value..terus rasa sayang..plus kualiti yg masih bertahan macam taknak dirinya ditukar pula..huhu


Apa lah khazanah yang ado dalam wallet saya tu. Compartment yang ada memang saya suka. Boleh selit hp yang nipis dlm ni..Note boleh tapi kena bukak casing baru fit..

Kad bersusun tu kad debit je. Satu card credit encik suami untuk kegunaan isi minyak dan groceries kalau takda cash ;)

Kad2 collect point yg selalu nak guna, JCard, Bonuslink, Mesra etc tu saya letak depan sekali. Eh orang perempuan ni banyak kad2 gini ek dalam wallet.hahaha! Kad2 yang kurang nak kurang guna dan yang penting mcm lesen memandu, Mykid anak2, medical card saya letak kat dalam. Yang berzip tu comparment utk duit. TUTUp..xdak duit banyak pun huhu!

#Tahun berapa lah agaknya saya akan ganti wallet ni..huhu#


Hari tu balik kajang, kami jalan2 ke Metro Point. Ada bazar org thailand jual baju2 kasut2 bagai tu kat ruang legar. Nampak cantik lak flats merah ni. Macam goldash shining2. Nasib ada size saya..size 41 tau kaki saya memang besar sbb rangka pun besar tinggi lagi 170cm (wah nak story gak hahah).


Tak cukup satu..biru pun saya berkenan, hadoii! Oklah lets color block ya'll.. Harga pun RM20 je. Rasa pun lembut..selesa pakai. Tak macam certain2 flats yang keras kematu pakai jari kaki sampai melecet. Ohh i experienced it with Bata..serik2 takmo dah beli lagi rege above RM69.90 lak tu.

posted from Bloggeroid


Viewing all articles
Browse latest Browse all 539