Pasal pembalut buku pun nak cerita. Maklumlah kali pertama anak masuk sekolah tahun 1. Lama dah tak buat kerja balut membalut ni. Teringat zaman sekolah dulu. Zaman universiti pun ada balut2 juga..hehe. Azri kata buku latihan ni cikgu suruh balut. Zaman2 ibu dulu tak payab balut..yg balut buku teks je..huhu
Sekarang dah senang. Dah siap2 ada pembalut untuk buku tulis. Tapi kalau ada buku2 lain masih juga kena guna pembalut plastik konvensional ye dak..
Sebab saya masih berpantang, semuanya Mr. Momma kena carikan. Dia siap2 beli gini untul buku latihan. Dulu memang dah ada kot tapi plastikbya tak berapa tebal..nipis. Ini kali macam tebal juga. Ala2 macam sampul clear folder tu tapi nipis skit.
Bagus juga. Senang kerja. Tp kita tengok berapa lama ketahananya. Tapi sebab banyak lagi mr.momma belikn. Kalau koyak kita sampul baru lagi..hehe.
Buku latihan untuk tahun satu ni di bagi oleh cikgu setiap matapelajaran. Cikgu dah siap2 tuliskan nama lagi. Ingat kena beli siap2 macam zaman saya dulu. Mungkin untuk tahun 1 je kot cikgu siap2 buatkan.