Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Idea Deko: Dekorasi Ruang Tengah rumah

$
0
0
Lama tak tunjuk ruang tamu rumah. Bukan apa takda pembaharuan pun yang dibuat. Dah hampir 2 tahun sudah saya duduk rumah dari Ramadhan tahun 2013..
Ruang tamu masih rupanya sama. Langsir pum masih yang sama..hihi. Sibuk fokus pada renovasi fasa kedua...

Cuma ruang makan dulunya dah berpindah ke bahagian dapur lama yang telah dijadi kan ruang makan yang  baru. Jadi ruang tengah ini dah kosong. Saya suka lapang2 sebab senang anak2 dan sepupu2 nak main kalau singgah time cuti.

Takda dekorasi kecuali aircond je di dinding. Sejak dua menjak ni dah terfikir nak letak wing chair / arm chair kat sebelah dinding tu. Boleh buat duduk2 lagi. 

Dah survey wing chair. Dilema antara dua jenis ni. Tapi hati lebih ke kerusi yang bercorak tu. Yang hitam nampak plain pula. Dah le set sofa depan tv pun plain. Sebab lain nak bercorak, next time ingat nak tukar langsir plain sahaja. So takdalah dull suasana rumah. 

Lepas tu dipasangkan frame cermin berlampu kat belakang kerusi. Meja console kecil kat tengah2 pun kena cari tu..amboi berangan je lebih ni.. kita tunggu hasilnya nanti..hahaha!


Pandangan jauh dari ruang tamu utama. See takda perubahan except karpet bulu tebal dah gulung. Tak larat nak kemas selalu..asyik tumpah makanan lah macam2 benda masuk celah karpet tu..
Rasa cukup lah merasa pakai karpet shaggy tu 2 tahun ni, nak merasa punya pasalkan..hehe! Next time nak cari karpet low pile sahaja. 

Balik cuti ni ingat nak terjah SSF, Homepro & Index Living kat IOI city, IKEA, dan Nilai3. Amboi nafsu banyaknya tempat nak terjah..sempat ke..hehe!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

Trending Articles


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Girasoles para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>