Buku untuk bulan Mac. Dah tengah bulan baru nak baca. Pasal buku Living Microsoft tu terover deadline lak..tapi dah separuh pun baca buku ni. Baru sekerat baca, rasa nak tahu lagi dan lagi. Saya beli ni untuk encik boss juga, sama2 dgn buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Ramai kot yg dah baca buku ni. Alkisah si Robert T.Kiyosaki ni yg mempunyai dua org bapa iaitu ayah kandung yg miskin tapi berpelajaran tinggi sehinggi PhD. Manakala ayah angkatnya hanya berlajar sehingga tingkata dua tetapi kaya raya dan diantara org yg terkaya di Hawaii.
Antara kata2 Rich Dad yang menarik perhatian saya dalam buku ini adalah:
"Orang miskin/kelas menengah bekerja untuk wang, orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka"
"Sekolah tidak menggalakkan kreativiti, dogma standard sekolah 'jika tidak mendapat gred yang bagus, kamu tidak akan berjaya diluar', justeru sekolah hanya menghasilkan pekerja, bukan majikan"
Fuh rasa tercabar sungguh dengan kebenaran kenyataan yg di baca. Ini baru 70muka surat yg telah dibaca dari keseluruhan 213 muka surat. Patutlah ada review seorang kawan yg mengatakan sape yang lepas habis baca buku ini mesti rasa nak berhenti kerja terus..huhu
Tapi bils difikir, memang betul juga kebanyakan yg kaya bukannya sekolah tinggi pun contoh terdekat syed mohktar tu (recommended to read his biography :)
#ok nak sambung baca lagi...