Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all articles
Browse latest Browse all 539

9th Laser Treatment

$
0
0
 Hari ini adalah appointment laser izzet. Sedar tak sedar sudah 9 kali izzet menjalani laser dalam masa 2 tahun di Jabatan Dermatologi Hospital Kuala Lumpur. Kami tiba di wad KK6 agak lewat, masa temujanji pukul 8am, kami tiba pukul 9.20am (keluar dari Kajang 7am, hehe!), alasan biasa JAMMMED!  Mujur semua patient yang sama temujanji pada hari tersebut belum bertolak ke Jabatan Dermatologi lagi.


Beramah-mesra dulu dengan rakan sebaya, hihi! Bagus, dari pagi bangun tak tidur, harap-harap nanti masa laser dia tidur. 

Rutin biasa, selepas bagi ubat tidur..'nenen' sekejap terus terlelap. Nurse sapukan Krim EMLA (numbing  cream) kat kawasan birthmark.


On the way nak ke Jabatan Dermatologi dah bangun pun *sigh*. Habis lah kompom lepas ni kena 'berperang' pegang kaki tangan dia masa laser. Tapi hari ini keajaiban berlaku, izzet cool je bila disuruh naik atas katil, dia tak takut. Bila doktor dah datang bagi instruction untuk pegang, ingatkan dia akan menangis (macam ada satu kali tu) tapi dia diam je. Sampai doktor kata (masa tengah me-laser tu) 'wah, ini budah banyak baik!'..Kami semua yang ada dalam bilik tu termasuk nurse yang dah biasa semua impress..izzet diam dan mengikut arahan! *Ibu senyum sampai telinga!* 

Lepas habis, terus keluar dari bilik laser sambil meronda-ronda kawasan sekitar. Kelakar betul, gayanya macam orang dewasa! 

Masuk kereta tak sampai 10 minit dah nak tidur semula. Bekas-bekas lebam adalah laser spot. Selalunya memang begitu keadaannya selepas laser. Dalam masa seminggu lebih kesan lebam itu akan beransur hilang dan kawasan itu akan jadi lebih cerah dari sebelum laser. 

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Next appointment pada hujung bulan Julai nanti. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 539


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>