Kemain semangat nak cerita pasal rumah. Kalini nak cerita pasal tembok keliling rumah. Apa ek orang selalu panggil? Pagar tembok? Pagar batu? Dinding tembok? Hmm apa2 lah. Memang dah jadi anganan paling awal untuk buat tembok batu keliling rumah. Sebabnya tembok asal rumah alahai rendahnya. Lepas tu di letakkan pagar grill sahaja.
Antara sebab2 yang menguatkan keinginan untul mendirikan tembok adalah sebab ingin privasi yang lebih sedikit. Bila sudah tertutup dengan tembok, ruang penglihatan sudah sedikit terhalang walaupun boleh je mengintai dari celah2 lubang.
Sewaktu fasa rancangan nak pilih design tembok macam mana, pening juga. Konon nak kan kelainan lah. Nak kan ala2 moden skit la. Tapi bila google semua contoh takda yang berkenan. Yang over sangat pun ada takut nanti lama jadi tak suka pula..
Akhirnya saya pilih design selamat je lah. Malas nak jadi 'rare' sangat sebab takut hasilnya tak cantik pula..Memang puas dah saya google design2 tembok. Siap ajak encik boss pusing2 kat taman2 perumahan di batu pahat untuk tengok tembok rumah2 orang lain, over kau!
Akhirnya saya pilih stail biasa je lah. Banyak rumah gak Stail lubang-lubang gini. Saya taknak tembok yang tutup semua. Dah macam tembok penjara je skema..hehe!
Saya share gambar rumah sebelum dan selepas renovasi..
Gambar keseluruhan hadapan rumah. Masa ni takda pillar light lagi ..
Nak selit juga pic ulangan..pillar light yang dah berjanggut nak cari sebab susah sangat nak jumpa yg berkenan. Berbulan-bulan juga mencari..
Kalau dilihat dari sisi rumah. Tembok belah sini tingginya 6 kaki. Sebab sebelah tu dah takda rumah lagi.
Lubang2 tu kami guna (orang panggil) batu angin yang dah siap. Ada size batu ni..yang kat tembok 6 kaki ni batu anginnya kena tinggi skit. Sebab tembok saya panjang. Dari belakang sampai depan memerlukan 48 biji batu angin ni. Sebiji je dah RM100 lebih.
Tembok disempadan jiran lebih kecil sedikit, rasanya dalam RM70-80 kot sebiji. Kat situ je dah pakai 12 biji. Total untuk batu2 angin je dah dekat RM5k lebih. Gitu gini cecah RM10k juga kata encik boss. Keseluruhan panjang tembok lebih kurang 250 laki keliling...
Boleh je kalau nak jimat belanja..tinggal ruang lubang dari batu bata. Tapi saya tak minat pula stail tu..takpalah belanja lebih skit kat situ janji puas hati..hihi!
Yang bersempadan dengan jiran sebelah pun kami naikkan tembok juga tapi tak setinggi tembok tepi rumah. Kat sini hanya 5 kaki tinggi sahaja..paras asal. Boleh lah nampak orang sebelah kalau nak borak2. Kalau ikut tinggi sama macam keliling dah macam taknak bercampur orang plak.
Sebelum tu dah inform jiran kami pasal nak robohkan tembok asal ni. Kami takda pun minta share walaupun belah dia sudahkan seperti belah kami juga siap cat cantik2 lagi. Sebab dia dah bagi dan sporting pun dah cukup baik untuk kami..huhu!