↧
Tropika Batu Pahat
↧
Lama menyepi
Lamanya tak update blog. Macam-macam benda nak cerita kat blog tapi semua simpan je dulu. Bila dah lama-lama terus boring dah nak cerita. Nak tulis entri ni pun berapa kali tulis-padam-tulis. Selalu rasa malas datang half way through...
Lagi satu, saya asyik kemas rumah je. Nak maintain rumah sentiasa kemas dari pagi sampai ke malam dengan 3 orang anak amat lah memaksa saya tak boleh nak buat kerja sampingan lain. (Bila blogger nak keluar features boleh letak icon macam whatsapp eh baru tergambar skit emosi..hihi)
Yang sedih, jarang update, CPUV dari berpuluh tinggal 3 je :( semua dah credited. Masa aktif update berlegar2 je semua.
Selain dari kerja hakiki mengurus rumah tangga, saya baru berjinak-jinak menjual Produk Tropika Baby Skin Care. Dari pengguna berpuas hati terus daftar nak jadi pengedar Tropika.
Jemput Like Pages Tropika Batu Pahat tau.
https://m.facebook.com/tropikabatupahat
Tempat ekpresi hasil2 kerastangan lalilo terpaksa saya hentikan dulu sementara azra menginjak ke setahun nanti maybe baru dapat sentuh mesin jahit..sobs! Lagipun webhosting Google site builder tu dah closing down pula mar h tuhari so saya terpaksa cari 'rumah' baru untuk LaLilo.com.my saya..
Ok saya disini dulu coretan.. kalau ssmpat saya share lagi ya... ;)
Lagi satu, saya asyik kemas rumah je. Nak maintain rumah sentiasa kemas dari pagi sampai ke malam dengan 3 orang anak amat lah memaksa saya tak boleh nak buat kerja sampingan lain. (Bila blogger nak keluar features boleh letak icon macam whatsapp eh baru tergambar skit emosi..hihi)
Yang sedih, jarang update, CPUV dari berpuluh tinggal 3 je :( semua dah credited. Masa aktif update berlegar2 je semua.
Selain dari kerja hakiki mengurus rumah tangga, saya baru berjinak-jinak menjual Produk Tropika Baby Skin Care. Dari pengguna berpuas hati terus daftar nak jadi pengedar Tropika.
Jemput Like Pages Tropika Batu Pahat tau.
https://m.facebook.com/tropikabatupahat
Tempat ekpresi hasil2 kerastangan lalilo terpaksa saya hentikan dulu sementara azra menginjak ke setahun nanti maybe baru dapat sentuh mesin jahit..sobs! Lagipun webhosting Google site builder tu dah closing down pula mar h tuhari so saya terpaksa cari 'rumah' baru untuk LaLilo.com.my saya..
Ok saya disini dulu coretan.. kalau ssmpat saya share lagi ya... ;)
↧
↧
Buat Passport Azra
Patutnya nak blog pasal benda lain tapi lain plak yg dipublish..huhu. Sejak bulan lepas memang sangap betul nak update blog. CPUV dah berterbangan sudah..huhu..
Saya baru je buat passport untuk azra sebab cuti sekolah ni kami akan bercuti ke luar negara. Kemana tu? Hihi tak lah jauh mana, dalam Asia je. Jadilah, sebab seumur hidup tak pernah keluar dari Malaysia pun...
Nerves juga nak berjalan jauh anak beranak lagi. Minggu kedua cuti sekolah iaitu pada 9hb hingga 14 Jun kami akan berangkat. Sekarang ni satu hape pun tak packing lagi. Blur plak nak packing baju 5 beranak untuk 6 hari ni dalam satu beg besar dan 2 backpack..agak2 cukup ke..huhu
Dan salah satu gajet wajib untuk travel nanti adalah SSC ni..kebetulan saya baru je beli ni sebab ssc ergo organic saya telah hilang tanpa dikesan. Rasa dalam kereta je..lepas tu ghaib tiba2...sob sob. Jadi saya beli lagi Ssc yang baru.
Jenuh weh takda ssc. Stroller..stroller juga..time dia merengek tak mahu duduk stroller kena juga naik ssc tak larat dukung. Takkan nak angkut stroller naik flight pulok..
↧
Dilema nak bawa stroller
Wah2..gila sangap nak update blog sekarang..uwahhh. Diam tak diam dah hari ke3 cuti persekolahan bermula. Mesti ramai yang merancang macam2 aktiviti kan. Rentetan dari entri buat passport azra haritu, mesti dah bajet yang kami sekeluarga akan bercuti keluar negara kan..hihi..
In fact sebenarnya ini lah pertama kali kami anak beranak nak pergi berjalan-jalan luar dari Malaysia. Takdalah jauh mana pun, untuk warm-up dulu kami sekeluarga akan bercuti selama 5 hari ke Hongkong Disneyland dan Guangzhou China.
Percutian kali ni bukan melalui agensi. Semuanya kami booking sendiri-sendiri sahaja. Kebanyakan akak ipar saya yang uruskan. Ohh kami pergi sekali dengan famili akak ipar, kira 10 kepala lah semua skali.
Tentatifnya, kami akan terbang ke Hong Kong dulu selama 2 hari disana. Cadangnya memang nak melawat ke Disneyland lah dan sekitar2nya kot. Selepas dua kami akan menaiki train dari HK ke Guangzhou pula. Dan menghabis masa disitu sehingga hari ke5 terus pulang ke Malaysia.
Wahh, saya memang macam2 perasaan ada ni. Lagi2 sebab nak bawa Azra sekali kan..so banyak benda la nak kena fikir. Fuh nasib baik fully breastfeed kan so satu perkara dah setel takyah pening2 nak bawa susu bagai huhu!
Now, perkara kedua yang jadi dilema samada nak bawa stroller siap2 atau cukup sekadar Babywearing sahaja dengan Soft Structured Carrier (SSC) ? Antara yang menjadi dilema saya adalah kasihan azra yang takkan nak duduk dalam carier seharian kan.
Biasanya saya babywearing azra time jalan2 bila dia merengek taknak duduk stroller. Bila dah tertidur saya akan letakkan dia dalam stroller pula..
Saya tahu boleh sewa stroller masa kat Disneyland tapi macam2 plak kerisauan yang bermain dikepala antaranya dari segi kebersihan la. Takut lah dengan benda2 berjangkit ni. Eh poyo plak tibe2 kalau gitu baik toksah masuk terus tempat2 theme park ni..ehehehe!
Perkara kedua yang dirisaukan pula sebab kami akan bergerak menaiki train untuk ke Guangzhou nanti. Saya khuatir keadaan dalam train maybe sesak ke etc yang akan menyukarkan lagi kami nak mengusung stroller dengan beg lagi.
Dari segi berat stroller memang saya tak menjadi hal sebab Aprica Karoon ni jenis light weight 3.6kg je beratnya..cuma bila fold dia tidak compact..standard fold sahaja. Bukan umbrella fold atau ala2 yoyo zen punya fold. Jadi nak mengangkat tu memang tak berat cuma sizenya sajalah yg menjadi kerisauan..
Bila saya gugel blog2 orang yang melancong dengan baby ni kebanyakan bawa stroller sendiri siap yang gedabak2 pun gigih angkut..huhu. Tu yang buat saya dilema lagi tu.
Antara pilihan yang difikirkan adalah tak payah bawa stroller, kalau terdesak sangat perlukan stroller..beli je kat sana yang murah2ke? Huhu
↧
Cerita Percutian ke Hong Kong & Guangzhou
Jet lag tak habis ni. Amboii hamik lah jet lag..macam lah dari 'paghis' duk 13jam dalam flight haha! Selama 6 hari 5 malam kami sekeluarga bersama keluarga akak ipar bercuti ke dua destinasi iaitu Disneyland Hong Kong dan juga Guangzhou, China.
Ada banyakkkkkkkkk benda nak share, nak story sepanjang hampir seminggu disana, so stay tune ye chewahhh! Bajet blogger retisan plak haha. As usual la kaki blogger mana bleh tak share kan..kan kan! Nak karang entri ni pun dah hari keberapa lepas balik Malaysia awal pagi isnin haritu..huhu
Kami semua menaiki flight Air Asia sahaja. Akak ipar dah siap2 booking masa promo katanya. Tapi exactly berapa harga tiket ke Hong Kong saya kurang pasti. Tak silap RM470 sorang pergi balik
Azri excited sebab kali ni baru dia terasa menaiki flight. Last dia naik flight masa umur setahun lebih mana nak ingat kan. Flight kami ke Hong Kong haritu lebih kurang pukul 4.50pm dan perjalanan ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4jam. Kami tiba di Airport Hong Kong dekat nak 9pm juga..
Kat airport HK ni macam lain skit. Turun2 dari flight, jalan ingat terus amik bagasi dah..rupa2nya kena naik macam bas atau Tram yang dipanggil 'transfer'. Kitorang mula2 cuak juga nak naik kot las bas ni kang terus bawak keluar airport terus sebab beg2 tak amik lagi kan...
Tapi officer terus arah2 naik dalam bahasa Kantonis ..'transfer-transfer'!.. Rupanya dari tempat turun flight nak ke bangunan yang menempatkan bahagian 'arrival/departure/checkin' memang jauh.
Pemeriksaan imigresen Hong Kong
Kitorang orang yang last skali amik bagasi sebab 2 beg kitorang dengan stroller belum keluar lagi. Baru tanya dekat bahagian 'Luggage Inquiry' tup2 beg dgn stroller keluar kat tempat beg...hehe!
Selepas amik luggage kitorang terus ke kaunter Airport express train untuk ke Kowloon..malas nak cari Cab..naik train lagi mudah.
Selfie jap. Kemain suka azri lepas naik kapal terbang, naik train plak..hihi
Naik train Aiport Express ni mudah juga. Tak yang risau dengan bagasi besar, stroller kita etc, ada tempat letak beg yang disediakan kat depan tu.
Kami berhenti di stesen Kowloon tak silap. Sampai situ ada shuttle bas yang akan bawa kita terus ke Kowloon city. Tak payah bayar lagi sebab dah termasuk dalam tiket train tadi.
Shuttle bus tu berhenti dekat Hotel Holiday Inn Hong Kong. Walaupun kami tak duduk situ tapi hotel kami tu berdekatan lah juga..kena jalan kaki.
Orait sampai sini dulu cerita pasal cuti2 kami sekeluarga kali ni..ada lagi cerita2 kat Disneyland, perjalanan ke Guangzhou..tempat2 shopping kat sana. Pengalaman bawa stroller etc... Pelan2 upload gambar..hihi
↧
↧
Pengalaman membawa Stroller ke China
Hah amik ko tajuk specific..kih kih! Saje je senang kan orang search pasal stroller macam saya juga sebelum bercuti haritu punya lah dilema nak bawa stroller ke tak. Puas baca blog2 orang pasal stroller.
Akhirnya saya buat keputusan untuk bawa sekali stroller saya. Dan ternyata tak sia-sia rupanya saya bawa stroller tu. So saya nak share juga pengalaman mengangkut stroller sepanjang 6 hari 5 malam percutian kami Hong Kong dan Guangzhou.
Sebelum berlepas, saya dah check dulu peraturan mengenai stroller baby untuk flight Air Asia. Disebabkan bayi takda luggage allowance sebab baby tak occupied seat so in return kita boleh bawa stroller dia tak kira berapa berat gedabak pun stroller tu..haha!
Tapi atas nasihat sila lah bawa stroller yang super lightweight kalau yang bawah 5kg lagi bagus. Walaupun tak compact pun janji ianya ringan. Tapi kalau kalian suka je nak angkut stroller hat beso2 tu terpulang juga la kan..
Sepanjang kat Hong Kong lagi mencabar sebab perjalanan kami ke sekitar Hong Kong lebih banyak berjalan kaki dan menggunakan subway train MRT. Masa ni lah berat stroller yang nak diangkut tu menjadi kriteria utama saya. Walaupun stroller Aprica tu tak compact bila ditutup..standard fold sahaja tapi ianya memang ringan, hanya 3.5kg sahaja..
Masa naik MTR pun bukak juga stroller sebab anak buat dah keletihan sampai tidur..mujur senang je nak menyelit dicelah2 kesesakan orang dalam train tu. Nak tolak melangkah gap pun senang.
Akhirnya saya buat keputusan untuk bawa sekali stroller saya. Dan ternyata tak sia-sia rupanya saya bawa stroller tu. So saya nak share juga pengalaman mengangkut stroller sepanjang 6 hari 5 malam percutian kami Hong Kong dan Guangzhou.
Sebelum berlepas, saya dah check dulu peraturan mengenai stroller baby untuk flight Air Asia. Disebabkan bayi takda luggage allowance sebab baby tak occupied seat so in return kita boleh bawa stroller dia tak kira berapa berat gedabak pun stroller tu..haha!
Tapi atas nasihat sila lah bawa stroller yang super lightweight kalau yang bawah 5kg lagi bagus. Walaupun tak compact pun janji ianya ringan. Tapi kalau kalian suka je nak angkut stroller hat beso2 tu terpulang juga la kan..
Masa kita nak check in luggage..stroller pun perlu tunjuk untuk dapatkan tag sticker yang akan dilekatkan pada stroller tu. Tapi stroller tu tak perlu pun kita serahkan dengan bagasi2 kita...
Lepas tu boleh sorong lah stroller tu sampai ke depan pintu kapal terbang. Tak susah sebenarnya nak angkut stroller pergi bercuti naik flight. Yang penting stroller kena lah paling ringan, bagi pendapat saya lah. Sebab kalau berat kita akan rasa terbeban dan kurang enjoy plak nanti. Tengok tu, anak buah saya yg darjah 4 tu yg excited nak tolak stroller tu..hihi.
Cuma masa saya baca blog orang depa kata hulur je kat cabin crew yang tunggu depan pintu flight tu kan. Tapi masa saya haritu, diorang suruh saya letak siap2 dekat pintu sebelah aerobridge tu. Buka pintu tu kemudian letak luar pintu aerobrigde tu, nanti ground staff akan kutip stroller letak dalam ruang kargo bersama beg2.
Stroller ni lebih jadi tempat rehat untuk azra je waktu kami duduk berehat2. Kebanyakan masa memang saya dukung dia dalam baby carrier. Masa nak makan, tukar diapers je stroller ni memang amat berguna.
Masa naik MTR pun bukak juga stroller sebab anak buat dah keletihan sampai tidur..mujur senang je nak menyelit dicelah2 kesesakan orang dalam train tu. Nak tolak melangkah gap pun senang.
Berbaloi juga bawa stroller sebabnya izzet juga boleh naik bila dah keletihan berjalan. Hihi baby tua ni memang banyak songeh kalau penat. Penat skit dah mintak dukung. Nasib berat dia belum melebihi berat maksimum untuk stroller tu..
Last sekali, boleh jadi tempat letak barang gak..bila tangan kiri kanan dah penuh dengan barang shopping...hihi!
*next entri saya share lagi pic2 sepanjang kat Hong Kong dengan Guangzhou..
↧
Shopping Deko Raya 2015
Macam tak caya je cuti hujung minggu haritu akhirnya saya dapat juga terjah tiga tempat sekali gus..haha! Selalu sekali balik ke Kajang sempat terjah 1-2 tempat je. Hujung minggu haritu dapat saya ke Ikea, Nilai3 dan juga SSF...
Antara hasil tangkapan..hihi! Masih tema hitam putih kelabu dan silver yer untuk rumah.
Mula2 ke Ikea dulu sebab nak beli blind putih Liselot untuk rumah mak saya pula. Dan juga barang2 sampingan yang lain la..seperaiss hehe!
Hari berikutnya ke Nilai 3 pula. Plan memang nak cari karpet baru. Tahun ni boleh tukar karpet kat ruang tamu depan sebab dah kusam. Boss bagi green light, hooreyy!
Rambang kat sana seperti yang dijangka. Tapi saya terjah 2 kedai je. Kedai pertama kat Karpet Prima. Dengar kata Gudang karpet yang baru terbakar minggu lepas. Tapi depa ada port dalam khemah tepi jalan tu. Saje survey..murah memang murah tapi takda corak yang saya berkenan.
Kemudian saya terjah ke satu kedai karpet kebetulan Pakistan tu pun baik punya layan kan. Tu yang pilih punya pilih macam karpet kat atas tu. Warna lain tak tengok dah. Hanya kombinasi hitam kelabu dan silver je..
Tadaaa...Sampai2 runah tak menyabo menerai karpet ni. Corak ni yang saya pilih..ok dak? Hihi. Size kali ni 7x10 kecik lagi dari karpet lama dulu. Karpet lama dulu besar sangat sampai ke sofa plak tutupnya..
Harganya rm430 je. Konon promosi katanya dari rm800 lebih. Saya taknak bulu shaggy dah. Cukuplah 2 tahun dah merasa. Kali ni karpet turki takda bulu..guna penyapu pun boleh. Design dia ala2 3D skit. Yang motif tu timbul skit...
Lepas tu nampak karpet rose ni pun berkenan la plak. Harga rm90..dia bagi rm75..saya kecek rm50 ..terus dia bagi. Sebab saya amik karpet beso tadi tu dengan satu karpet minky rm50 je utk rumah mak. Total beli karpet ritu rm550 sahaja dapat free sejadah..hihi
Masa saya gi SSF saya tengok dia jual rm169 fuh. Nasib baik saya dah beli kat Nilai rm50...
Saje je test pasang sebab nak tengok kan..lepas tu cepat2 gulung balik kang tak sempat raya kang dah comot. Nanti seminggu sebelum nak raya before balik kajang nanti kena siap2 kemas semua ni. Banyaknya nak kemas ni uwaaa..balang kuih nak cuci..etc
↧
Baju Raya 2015
Woot2 korang dah shopping baju raya ke belum? Tahun ni tema kaler apa? Hihi. Saya pun dah siap2 beli baju serba baru la. Walaupun tak banyak janji adalah yang baru especially untuk budak2 ni.
Yang lawak pergi Guangzhou tak beli selai pun baju diorang. Baju azra ada lah selai dua..huhu. Kalut, letih, semua ada..beza pun tak banyak.
Pikir2 baik saya gi BP Mall je. Murah2 juga. Sedap selesa beraircond haha. Baju2 tshirt tu rm12 je..yang kemeja Rm20. Ala takyah la compare dengan branded2. Dah pakai cantik je nampak kan..tak tahu pun mahal ke murah. Tapi walaupun murah saya make sure material selesa gitu chewahh!.
Tahun ni tak plan nak warna hijau turqoise kebetulan beli baju melayu baru untuk sambutan maulidur rasul kat sekolah dia awal tahun haritu pasal baju melayu lama dah sempit. Last2 semua ikut kaler tu pasal malas nak beli lagi untuk dia. Baju saya la susah nak cari sama memang jauh la kaler hijau tu..ahh malas pikir janji satu tema je la..
Dah setel part baju raya. Lepas ni part nak kemas rumah slow2 plak...
↧
Pasang Sheer Curtain
Dari ruang ni open, kemudian plan nak buat indoor sliding bagi memisah ruang makan dengan ruang dapur. Akhirnya seperti yang diangankan walau pun tak 100% tapi ini pun dah cukup, alhamdulillah!
Nak tahu cerita pemasangan pintu sliding ni boleh baca kat entri ni:
Kemudian berangan nak pasang sheer curtain macam pic ikea ni..hehe!
Akhirnya, saya beli langsir sheer Ikea yg murah tu Rm14.90 per pair. Untuk sementara je sementara nak tunggu kain sheer betul2..huhu!. Not bad juga. Dah beberapa saya pergi ikea tapi antara nak dengan taknak ambil je. Sebab kain dia ni macam kain net je.
Ni bukan pengikat langsir betul2 ni. Ni manik deko, saje je saya buat props nak snap sebab saya tak beli lagi tali pengikat langsir tu..hihi
Ok lah kan. Bajet RM30 je untuk langsir ni. Kain ni macam net atau kain veil tu. Mmg ringan je. Buat2 lenjan je sementara nak cari sheer yang cun2 lagi kan..haha!
↧
↧
Deko Raya 2015 Ruang Tamu tengah
Ingat tak ruang ni yg saya buh wing chair ni. Masa baru beli tu letak je hiasan2 yang dah ada kat situ. Nanti pelan2 baru cari deko2 yg sesuai dan berkenan..
Sempena nak raya ni. Baru la dapat buat perubahan skit kat ruang ni. Deko bajet ni hihi... sticker ala cermin tu saya beli dekat SSF je..bila dah pasang nampak kecik plak..pastu dah tampal takleh bukak dah kompen cabut cat. Tengah dalam projek penambahbaikan frame tu..
Sebenarnya saya mengimpikan chewah..sebuah cermin besar tapi masih belum kesampaian lagi..takpa slow2 la.
Carpet pun saya beli yang matching skit dengan ruang ni..carpet lama tu kecik sangat, kapet atas tu bawak turun sementara..lagipun kaler putih tak naik plak warnanya
Meja sisi ni patutnya plan nak letak kat sebelah sofa ruang tamu depan. Saje try buh kat ruang ni nampak macam ok je kan. Meja console yang berkenan masih tak jumpa lagi...
Last2 jumpa juga bunga berkenan. Saya ni payah skit nak pilih bunga sebab saya tak suka sangat bunga2 ni..huhu.
So overall boleh la kan......huhu
Update: harga sticker cermin tu saya beli rm19.90 satu. Cermin tu bukan cermin betul pun...mcm chrome gitu kalau tengok pun tak jelas. Saya beli dekat ssf...
Yang bunga tu saya beli dekat air hitam masa bulan puasa tuhati. RM150 sepasu tu.. mcm ala2 pelamin org kawin tu. Tapi manik tu takda..sy beli kat kedai tu dan suruh dia tambahkan..manik semeter rm10, batu diamond besar2 tu rm2 sebiji..so tambah rm18 ringgit utk manik2 tu...
Next entri saya share deko2 raya 2015 di ruang yang lain pula ye..
↧
Deko Raya 2015 Ruang Makan
Lately ni saya memang betul jarang2 update cerita2 deko lagi. Dah syiok asyik share dekat group deko sampai jadi naik malas nak share kat blog..huhu. Share kat group deko FB laju..upload berbelas pic pun kejap je. Kalau kat blog bercinta nak tunggu ha habis upload satu pic.
Kalini saya share ruang makan rumah pula. Start dari fasa merubah ruang makan ini, sedikit2 baru dapat menyudahkan aksesori finishing yang dikehendaki..
Bermula tiada indoor sliding door. Skarang dah buat sliding door saing dengan KC sekali awal tahun hari tu..
Lepas tu, nak pasang sheer curtain lah. Tak habis lagi nak deko, saya gi tampal plak wallpaper sticker kat dinding kosong tu. Dengan atas sliding door tu.
Semua aksesori bajet je. Langsir jarang tu pun langsir paling murah kat IKEA nun rm14.90 per pair..hihu
Langsir mula2 ikat tepi kiri kanan tapi susah giler nak lalu. Last2 ponjot tengah2 pakai ring ni. Stail gini lebih praktikal walau saya lebih suka stail kat tepi tu..huhu
Pastu saya gatal dok menampal wallpaper sticker kaison. Murah je rm19.90 tp sebab sy beli online je dia amik upah jadi kos rm25 per roll. Still murahlah kan.
Ni close up coraknya. Nampak macam wp ori dari jauh walaupun jenis sticker je. Sengaja saya tampal sebab taknak kasi indoor sliding tu nampak lain dengan dinding tu..
*sekian entri 3 hari 3 malam punya bertangguh nak upload..hihi!
↧
Menang Contest Duit Raya Deko Wallpaper
Sekali dapat mood nak update blog ..hadaplah sampai lebam, hehe! Nak habaq beberapa hari sebelum nak raya saya masuk contest dalam group FB wallpaper Kaison. Kena post gambat dinding yang telah dimakeover dengan wallpaper kaison yang dibeli dalam group ni.
3 peserta yang dapat LIKES terbanyak akan dapat duit Raya rm100.. tak sangka plak saya salah seorang..hihi alhamdulillah..
Ini pic ruang makan yang dipertaruhkan...
Sekarang pula saya sedang masuk contest wall paper yg dianjurkan oleh HMS wallpaper. Siapa yang beli wp dengan dia boleh join contest ni..
Kawan2 tolong klik link post contest tu dan LIKE pic saya dalam ruangan komen post tu tau..kena scroll skit sebab banyak pic ..
Pic ni yang dipertaruhkan..apeke memang ni je pun kih kih.. jangan lupa like tau.. Likes korang amatlah dihargai... ;)
↧
Deko bajet ruang tamu tengah
Ni gara2 belum jumpa cermin idaman untuk dinding ini so saya deko2 bajet je lah dulu daripada terbiar kosong lagi. Haritu kan saya ada beli sticker SSF ni konon plan nak bubuh berderet lah macam ini.
Sekali dah pasang rasa macam alahai cinonet je tak padan dgn luas dinding tu. Rasa macam nak cabut tapi terlambat sebab sticker dia agak kuat juga. Confirm tercabut skali dengan cat2 kalau kita tarik nanti..
Takkan nak kena beli cermin besar plak lagi. Mana kan sempat (masa tu dah nak raya) Lagipun saya tak suka rushing2 part nak memilih hiasan.
Option yang ada, hanyalah penambahbaikan sahaja, bukan nak beli baru atau tukar deko lain.
Idea yang terfikir adalah nak bubuh frame kosong begini. Lepas tu dok survey2 frame pulak..hoi bukan murah2 nak beli frame paling simple pun dikedai2 frame. Nak nak yg sebesor tu. Last2 saya survey IKEA. Frame plastik size 50cm×70cm ini memang perfect fit. Paling murah rm19.90 je satu.
Balik rumah terus saya try2 dulu. Masa test2 terpikir plak nak spray kaler silver plak..huhu. Dah dilema lagi disitu. Last saya fikir biarlah hitam. Sebab nampak hitam lebih terserlah je chewahh!..
Takpa kalau lama2 dah boring hitam kita spray kaler lain..hihi..
Ini lah hasilnya..baru nampak seimbang skit sticker tu. Apesal saya tak beli cermin ikea yg lebih kurang gini tapi besar skit..saje malas nak bazir dulu.
Kalau ada yg ingat dulu..ruang depan tangga ni lah ruang makan dulu. Sejak dah extend dapur..ruang makan dah pindah ke ruang dapur lama..
Ruang tangga..takda apa nak bubuh lagi. Tu je satu frame kaligrafi yg saya beli dulu..
↧
↧
Deko Raya 2015: Ruang Tamu
Lama juga saya tak share ruang tamu rumah ni. Tak banyak perubahan pun sejak mula2 pindah masuk. Langsir, perabot semuanya masih sama lagi. Cuma ada sedikit pengubahsuaian ruang je.
Haritu saya dah share ruang tamu tengah kan. Ni pic keseluruhan ruang tu dari ruang tamu depan. Tak besar pun. Dulunya ruang tu ruang makan lepas ruang makan saya dah pindahkan ke belakang lagi. Ruang ni jadi tempat lapang je lah. Saya memang tak suka banyak2 benda. Memang nak biarkan lapang je.
Langsir sume tak tukar lagi. Dah masuk raya tahun ke 3 sudah langsir yang sama, masih elok lagi. Sayang plak nak tukar. Takyah bazir2..huhu. Saya cuma beli kapet baru. Setelah 2 tahun sudah kapet bulu tu bertahan. Tahun ni saya tekad nak beli baru je. Yang saya beli di Nilai 3 tuhari. Jenis 3D sebab corak2 tu timbul2. Kalini yg tak berbulu sebab senang nak sapu atau vakum. Takda nak simpan serdak2 lagi.
Kebetulan corak dan warna pun sangat lah kena dengan tema; hitam, kelabu, ada kilat2 skit kat celah tu memang i like hihi. Rezeki saya beli dpt murah masa tu. Ada promosi katanya. Saya beli rm430 untuk size 7x10 tu.
Biasanya time tetamu datang je saya letak meja kopi kat tengah ni, hari2 lain saya letak tepi sebab nak biar lapang je.
Balang kuih raya bukan kaca. Macam plastik acrylic kot saya beli di Parkson. Memang boleh tahan harga dia rm19.90 sebiji untuk size kecil tu. Yang tinggi dalam rm24 la gitu.
Pastu nak habaq pasal sarung kusyen ni. Sebelum raya tuhari saya saya tengok2 kat kedai borong sakan Batu pahat. Pastu jumpa sarung kusyen corak yang kena tema kan apalagi saya amik je. Walaupun lain2. Janji warna dia hitam putih kelabu. Harga pun murah2 je dari rm6.90-rm8.90 tau.
Beberapa hari lepas saya singgah lagi..sekali ada datang lagi sarung kusyen salah satu atas tu yg tak cukup saya beli masa sebelum raya haritu..ada 4 helai je. Belasahhh je lah!.
Ni bahagian pintu masuk rumah. Sama je lagi deko. Tambah karpet je. Pun reze lagi saya dapat murah karpet bulu2 sederhana ni dekat jakel rm79 je size 4x6..
Ni lah karpet Jakel tu bulu dia hitam putih. Ikutkan nak letak depan wing chair tapi kecik sangat plak. Tu yg saya bubuh je depan kusi console ni..
Bunga togel tu says tambah skit ranting2 dia dan bunga2 dia skit. Beli kedai Onestop je....
Ok dah..deko raya ruang tamu. Next2 saya share lain plak..hihi
↧
Sambung Tampal Wallpaper di ruang dapur
Ingat lagi entry makeover dinding depan toilet saya dulu? Fuh lama betul seingat saya bulan april saya tampal wallpaper kat depan toilet ni.
Tapi sampai setakat tu je masa tu. Encik boss kata cantik suruh tampal terus lagi sampai keliling dinding tepi tangga tu. Ngam2 dua roll je saya beli masa tu.
Pastu dekat nak raya baru terhegeh nak sambung. Terus lah order lagi. Hamikk dari April sampai le Jun baru nak order. Nasib ada stok..tapi ada sedikit masalah pulak masa beli kali kedua wp ni...
Stok yang datang tak sama warna dan tekstur corak dia walau code nya masih sama. Waaaa nak nangis gak masa tu..sebab kebetulan dekat rumah mak saya pun ada saya tampalkan baki wallpaper lama 1 roll dulu..haru sudah!
Saya tunjuk balik kat seller saya beli (FB HMS Wallpaper) nasib baik dia baik hati tolong carikan kat agen2 wp yg lain kot masih ada lagi stok corak bata putih yg batch lama. Sebab yang ada kat dia tu semua batch baru.
Last2 dia dapat juga cari corak wp bata yang sama warna walaupun tesktur bata dia agak lain skit. Boleh lah dari yang atas tu memang kontra betul. Tapi masa pasang yang kedua ni saya terpaksa mula dari bucu dinding tu juga tindih terus wp lama tu.
Sekali pandang memang tak perasan kan corak bata tu tak sama tapi nasib baik lah ton warna dia masih seakan sama lagi dengan warna wp yang lama.
Saya tampal terus keliling tangga ni.
Pastu saya tampal skit lebihan tu dekat KC sebelah fridge tu..saje nak bagi nampak kesinambungan la konon..tah ikut mata je sebenarnya. Sebelum ni sata ada letak fram..tp saya bukak frame tu. Rasa semak plak..huhu
What say uols?..hehe. Next entri saya share lagi ruang2 lain ok.
↧
Flake Coating Lantai Toilet
Wohoo sekarang buat satu entri makan masa seminggu..mana taknya upload satu tinggal, pastu connection lost hilang..buat balik..huhu! Kalini saya nak share pasal buat flakes coating dekat lantai toilet. Ngade2 kan lantai ok je pun nak pi tampal lain. Ini inche boss la plak yang beriya nak buat ni. Ai is follow je..hehe!
Sebab musababnya lantai kaler hitam. Dan tiles hitam ni banyak plak sompek2nya di sana. Kalau tengok pic macam cantik je lagi kan..huhu.
Kami dah lama teringin nak buat masa mula2 tengok kat Homedex Ekspo, ada saya cerita di entri ini dulu. Sefaham saya ada dua jenis kaedah ni; 1. Flakes coating, 2. Pebles stone coating.
Flakes ni dia macam pasir la ala macam yang budak2 lekat pasir kaler2 kat sticker tu..hehe! Beza pebbles stone dengan flakes adalah pebbles stone agak licin dan flakes coating lebih kasar (anti slip) dan harga pun beza, flakes ni lagi murah sedikit..
Ini contoh flakes coating dengan warna2 yang ada..
Kami buat dengan Enmulticoat cawangan Batu Pahat. Harga untuk size bilik air standard rm750 satu warna, RM850 untuk dua warna.
Ini pic proses sebelum letak flakes coating tu
Sebelum tu dia kena gosok tile lama tu yang nampal macam putih2 tu. Tak perlu hack pun tiles lama tu. Kemudian dia akan buat design on the spot dengan masking tape. Lepas dia buat tu dia akan panggil kita tengok ok ke tak dulu.
Sebelum buat, design2 memang saya dah survey dekat internet dulu sebagai guideline saya. Design yang mereka buat tu kena mengikut kesesuaian ruang toilet dan kedudukan toilet bowl. Sebab tu kita tak boleh plan awal2 design sangat. Sebab mereka kena buat on the spot.
Toilet bawah. Design mula2 kotak2 hitam..tapi lepas tu saya suruh dia buat kotak kecik putih lagi dalam dia..
Toilet masterbedroom. Size toilet ni ikutkan besar lagi tapi dia kira harga standard juga sebab saya buat banyak toilet. Design bungan ni saya ikut contoh yang mereka dah buat kebetulan bentuk dengan bilik air saya.
Toilet bilik anak2. Design dolphin ni dari idea mereka. Sesuai la untuk bilik budak2 ni. Saya suka je..hihi
Toilet bilik tetamu. Design simpe begini. Katanya design tak boleh banyak2 nnt nampak semak dan mesti ikut kedudukan toilet bowl.
↧
Menang contest Wallpaper lagi
Tak sangka saya menang lagi contest wallpaper kali kedua. Kali pertama tuhari contest wallpaper Kaison Manjung dapat RM100 duit raya. Kali kedua ini contest dari HMS wallpaper pun menang duit RM100 juga. Seperti biasa syarat mesti wallpaper yang dibeli dengan penganjur dan pic yang dapat LIKES terbanyak.
Dengan HMS wallpaper ni saya beli wallpaper korea corak bata putih untuk tampal depan dinding toilet ni. Apa2 pun alhamdulillah..
↧
↧
Trio Steamer Go Shop
Lama dah saya beli Trio steamer ni tapi tak berkesempatan nak update. Sape yang tak teracun kan tengok Go Shop tu, dengan demo dia lah bagai..huhu. Kebetulan saya memang tengah nak cari food steamer jenis elektrik. Nampak kat Go Shop terus saya jaki nak beli. Harga pon not bad RM209 tak silap.
Saya bayar masa barang sampai. Sebab ada option untuk COD kan. Ni la rupanya 20 litter punya steamer memang sangat besar dan luas tray dia..
Ni masa saya tengah panaskan pulut dan makanan2 lain kat bawah dia..
Ni masa saya buat kek chocolate moist 😉. Saya guna satu tingkat sahaja 😉
Ni ukuran tray tu. Kebetulan haritu ada orang request dimension tray ni. ;)
↧
Deko Raya 2015: Bilik Tetamu
Waa sadisnya mood nak update blog kesayangan ni selalu kelaut. Bulan berganti bulan konon nak mula share cerita dekat blog last2 kelaut lagi. Tu lah sejak sibuk bertapa dan share deko2 rumah kat group deko FB, masa memang banyak dihabiskan dengan melayan komen2 bagai tu..hahaha! Adehhhh!
Ok kali ni nak share deko bilik tetamu rumah saya. Raya dah habis dah nak masuk raya haji pon tak sempat upload pic terbarun. Err boleh panggil deko ke? Hihi takda hiasan apa pun kecuali perabut basic sahaja. Masih perabut yang sama lagi masa mula2 baru pindah. Susunan perabut pun masih di tempat yang sama. Kalau nak tengok versi dulu sila korek kat label yaaa ;)
Walaupun tema rumah saya keseluruhannya adalah kelabu, putih dan hitam. Tapi dekat bilik2 memang ada sedikit warna lah juga. Untuk bilik tetamu ni memang masih kaler soft green. Lama dah cat ni, masih elok lagi. Masuk tahun ke3 sudah.
Dinding pum banyak kosong juga. Sebab saya tak jumpa lagi deco2 yang menarik hati. Kebetulan saya kemas bilik ni untuk tetamu yang bakal berkunjung ke rumah bulan lepas. Alang2 dah berkilat tu..snap la skit kan hehe!
Saya beli bedsheet biasa je dekat aeon big batu pahat. Malas nak beli set comforter, pasal malas nak basuh. Selimut pun selimut Ikea yang 8.90 tu je..hihi!
See kosong-kosong haha. Ampaian tu patut warna putih kan baru masuk tema perabut dalam ni semua putih. Dah takyah bazir..kalau rajin spray putih tapi biasa lah penyakit M ada. Lagipun hal2 kemas mengemas pun tak habis2 weh untuk satu rumah ni
Set tilam ni saiz king. Sekali semua dgn wardobe, meja sisi dan meja solek. Awal pindah dulu dah beli siap2 perabutnya. Dah masuk tahun ke3 sudab masih cantik lagi..
Meja sisi ada satu je. Selalu org jual dua kan..tah sy pn lupa request nak 2. Tapi bagus juga sbab tu pun mcm dahnpenuh. Lampu tidur tu pun beli yang bajet je jenis plastik kat Ikea RM14.90 tak silap. Kalay jatuh pun tak bahaya. Ni pun mikirkwn takut lah anak2 tetamu terlanggar je. Bulan takut brg tu pecah tp takut ia menderakan orangmmm
Bilik2 kat rumah saya ni semua toilet sendiri. Tak share. Itu juga priority utama saya masa nak beli. Tapi time nak basuh nanges lah sorang basuh toilet..haha
Toilet bilik tetamu. Lantai tu yang hari tu saya ada cerita pasal flake coating kat entrie lepas kan
↧
Cik Mek Molek Ajghah
Lama kan saya tak update pasal anak dara saya yg pertama, yang utama, ya maulana..haha. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 9 bulan dah hujung bulan september ni. Dah 10.5kg beratnya masa timbang haritu, diapers pun dah pakai size L, baju toksah cakap semua size 1-2 tahun ke atas je.
Jom layan gambar2 si bolat Azra Arya Zahra...
Ustazah Azra
Gigi dah tumbuh 2 batang ...ouchh!
Dah pandai kisai mainan abang. Ibu dah kena sorting toys Lego dan benda kecik2 siap2.
Haha..takda keje lagi ni. Mangsa
↧