Tengah-tengah melipat pakaian, terpandangkan tuala mandi yang dibasuh berhelai-helai terus saya tertanya, eh berapa kali aku nak basuh tuala-tuala mandi ni? Asyik basuh je..Terus lah curiosity nak tahu sehingga berapa lama kah yang sepatutnya kita pakai semula tuala-tuala mandi ini.
Hasil dari penggugelan yang saya baca, purata seseorang individu itu kehilangan lebih kurang 1juta sel-sel kulit mati setiap jam, menurut 'Medical News Today'. Jadi tuala mandi yang tidak di sidai dan dikeringkan sepenuhnya boleh menjadi tempat membiaknya bakteria ditambah lagi dengan sel-sel kulit mati kita yang dah terlekat di tuala itu.
Jadi berapa kerapkan yang sepatutnya kita menukar tuala mandi ini? Menurut artikel Medical News Today itu lagi, seelok-eloknya kita perlu menukar tuala mandi selepas 3 kali penggunaannya. Dan ada artikel mengatakan dari 3-5 kali penggunaan. Maknanya lebih kurang dalam 2 hari sekali kita kena tukar dan gunakan tuala mandi yang baru
Hah, kalau ikutkan kebanyakan (termasuklah tuan yang menulis nih, haha!) rasa seminggu baru nak tukar kot atau tunggu sampai ada bauuuuu, haha! Tapi saya sejak dah ramai penghuni rumah ni memang kerap tukar tuala mandi sebabnya anak-anak suka amik tuala lepas tu letak je. Tak pun, si abang tu amik sedap je capai tuala bila nak lap tangan ke apa-apa lah, hmmm! Lagi satu bila guna tuala yang baru setiap kali lepas mandi rasa macam puas dan bersih je kan!
#Nak jadikan rumah ala-ala hotel. Jom beli tuala mandi banyak-banyak :P
Sumber:
1. How Often Should I Change My Bath Towels? |eHow.com
2. How ofthen Shoud You Wash Your Bathroom Towels and Rugs? |mamaslaundrytalk.com