Siapa yang tak suka kalau dapat tidur sekejapkan! :) Terutamanya bagi surirumah-surirumah macam akak nih. Rutin dari pagi dah bangkit menyiapkan anak-anak ke sekolah, buat sarapan, membasuh baju bla bla sekejap je lepas tu dah dekat nak tengahari. Dah kena amik anak balik sekolah, siapkan makan tengahari pula. Biasanya dah lepas zuhur tu dah waktu yang mata pun mulalah dah rasa mengantukkan nak tidur.
Selalunya kita panggil 'Nap time' atau mungkin kita boleh istilah sebagai tidur singkat. Sebenarnya amalan ini adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam bahasa Arabnya dipanggil "Qailulah". Dalam salah satu hadis Rasulullah:
"Berqailulah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah" (Abu Naim didalam Al-Tibb)
Malah, kajian sains juga menunjukkan ada banyak kelebihan dalam tempoh napping ini diantaranya ia boleh meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan motor. Menurut artikel yang saya baca lagi, tempoh tidur singkat dalam tempoh 20 minit akan meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan motor seperti menaip atau bermain piano.
Jika kita tidur lebih dari 20 minit sekali pun kajian menunjukkan ia akan meningkatkan daya ingatan dan kreativiti. Malah tidur diantara 30 hingga 60 minit (Slow Wave Sleep) adalah bagus untuk skil dalam membuat keputusan. Rapid Eye Movement (REM) dalam tidur diantara 30-60minit itu dipercayai membantu dalam pembentukan sel-sel berhubung didalam otak dan juga membantu menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif.
Kajian menunjukkan lagi tidur sebentar itu lebih baik dari kita mengambil minuman berkafein seperti kopi untuk terus membantu kita kekal cergas kerana cafein akan menyebabkan prestasi ingatan kita akan menurun dan kita akan lebih banyak membuat kesilapan walaupun kita kekal cergas dengan cafein itu.
Waktu-waktu kemuncak untuk tidur singkat ini adalah diantara pukul 1pm-3pm. Tetapi tidak disarankan kita tidur terlalu lama kerana ianya akan mengganggu waktu tidur pada malamnya pula. Malah jika terlalu lama, biasanya apabila kita bangun kita akan rasa lebih mengantuk, penat dan kadang-kala membuat kita pening.
Selain daripada itu, kekerapan tidur singkat ini juga dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan mengurangkan kadar stress seseorang itu. Tapi bagi yang bekerja, jangan pula kita over tidur sampai menggangu waktu kerja dan sebagainya, ye tak! Set jam pada handphone untuk mengelakkan kita terlajak! dan kemudian terjaga dalam keadaan yang lebih mengantuk lagi :)
Jadi untuk surirumah-surirumah, tidur tengahari itu adalah sunnah dan ibadah. Jangan pula terasa macam nak goyang-goyang kaki dan sebagainya. Selain dari banyak manfaat yang boleh didapati dari tidur yang singkat itu, anggaplah ia sebagai 'rewards' selepas penat seharian membuat kerja rumah dari pagi. :)
Anak-anak pun selalu tidur sebelah siang terutama si adik, yang abang tu kadang-kadang je tidur siang. Mata dia dah tahan sampai malam baru tidur. Gambar kasi edit skit sebab biasa diorang ni tidur 'boleng' je, pakai CD je.hehe!
#Jom tidur! :P
Sumber:
1. The Secret (and Suprising) Power of Naps | Webmd.com
2. Manfaat Tidur Tengahari | Drzubaidi.com