Alahai disaat banyak nak tunjuk pic2 yang disnap especially rumah, SD Card HP pula buat hal. Rasa macam dah crash je sebab setiap kali bukak je terus hang. Ada 200 lebih gambar dalam tuh, nasib baik yang penting2 dah diupload ke blog. Sekarang satu kerja pula bila saya nak gambar2 tertentu, terpaksa saya search entri lepas dalam blog untuk download gambar semula, dugaan-dugaan, huhu!
Sementara tu, kerja-kerja aircond pipe conceal dah siap. Macam ini lah ghopenya...
Lepas dia dah tebuk2, masuk pipe, masuk kabel pape yang patut kemudian dia seal semula. Macam ni keadaan selepas siap, sama kat semua tempat, luar dalam, depan dan belakang. Lepas setel semua kerja-kerja installation baru last sekali kasi cat. Ermm, warna apa pula nak cat yer?