Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all 539 articles
Browse latest View live

Home Reno: Cerita tembok dan Pagar Rumah

$
0
0

Ini pic sebelum buat tembok dan tukar pagar baru. Sebab tembok dan pagar yang ada tu macam tak berapa secure sangat. Pertama, anjing selalu keluar masuk ikut gril tembok tu. Kedua, kalau nak biar anak2 main kat depan pun macam takut orang boleh panjat masuk. Ketiga, sebab nakkan lebih privacy skit bila ada tembok dan pagar yang tinggi, penglihatan orang dari luar pun lebih terhad sedikit. 

Bila dah ada tembok tinggi gini takdalah rasa open sangat terutamanya bila nak sidai baju etc. Saya pilih design tembok biasa je. Sebenarnya takda idea nak yang macam mana. Takut kalau pelik jadi tak berkenan plak bila siap. Jadi buat je lah design selamat..hahha!

Bila dah naik tembok tinggi, pagar pun kena lah ganti. Kalau ikutkan nak pagar idaman yang macam saya cerita kat entri Homedec 2013 dulu. Siap ada LED panel kat glass dia. Tapi apakan daya, dia kat sekitar lembah klang sahaja. Jadi kami tempah pagar yang designnya lebih kurang sama. Saya memang dah aim jenis ststainless steel dan warna putih.


Cuma yang part kat kaca clear tu yang patutnya ada LED decorated glass panel depa tak boleh buat. In fact, nak buat glass yang ada motif skit pun kat area batu pahat ni takda. semua kena hantar ke JB gitu gini lebih kurang sebulan. yang mana masa tu kalau nak tunggu glass yang bercorak, alamat pagar saya tak siap sebelum raya. Last kaca biasa pun
biasalah. Lain kali lah tukar, sebab kacanya boleh tukar ganti.

Pagar masih jenis sliding juga bukan folding sebab rod besi bawah tu masih gunakan yang lama juga. Saya nak juga pintu kecil sebelah tu walaupun autogate ada spare battery kan..

Yang ini pintu kecil untuk belah belakang rumah pula.

Autogate pula siap selepas raya tuhari. Saya rasa autogate ni dah jadi macam keperluan pula. Merasalah saya menolak gate besar ni beberapa minggu selepas siap haritu, lagi tinggi dan besar pagar, lagi berat nak tolak tarik. Lagi satu faktor hujan lah, tak perlu nak basah2 kuyup turun bukak pagar. Macam saya nak amik hantar anak sekolah pun senang sebab tak payah tingal anak dalam kereta.

Harga autogate ni berbeza ikut jenis kelajuan dan brand. Serendah rm500-600 pun ada tapi speednya tak laju kalau pagar besar dan berat alamat macam siput lah dia tarik, hehe! So ikutlah jenis pagar masing2..



Semi DIY Pisang Goreng Cokelat Cheese

$
0
0
Kenapa semi DIY plak..sebab pisangnya beli yang dah siap goreng terus. RM5 dapat satu plastik terus. Cheese dengan cokelat saya buatkan sendiri. Encik suami belikan pisang gorengnya lepas tu saya panaskan guna Tefal Actifry. Simbahkan cokelat syrup dan parutkan cheese. Tadaaa siap untuk dimakan. By the way, jimat banyak dan puas makan ok..oops ini cerita petang kelmarin sudah!

Peebles Wash lagi..Add-ons

$
0
0
Dulu saya ada sharekan cerita pasal Peebles wash kat entri ini. Selepas tu encik boss ada 
buat sedikit pengubah suaian kat tiles yang nak diletakkan peebles wash lagi. 

Tak habis2 lagi, ngeee~! Ada lagi penambahan peebles wash kat laman rumah..dan tempat rumput ni. Yang belah dalam dah siap. Batu keliling rumput ni terakhir. Ni tengah dalam kerja2 memasang peebles wash ni. Sehari biasanya orang ni dah siap. Lepas dah kering, esoknya baru kilatkan tu pun kalau tak hujan. Dah siap sepenuhnya pic meroyan menyusul.kay.. :D

Senheng, Sunsilk Silhouette & RHB CPUV ke 52 untuk 2014

$
0
0
Ewah2, acik skang hari2 jenguk  Nuffnang tau, dulu setahun sekali je hahah!. Tahun nialhamdulillah dapat peningkatan mendadak CPUV yang dulunya saya tak faham pun. Laa ni pun blur2 lah jugak tapi buat-buat lah faham.

Hari ni bukak ada 3 lagi CPUV yang baru masuk menggenapkan jumlah CPUV yang saya pernah dapat sepanjang tahun 2014 ini adalah 52 kesemuanya. Terima kasih lah kepada pihak penaja iaitu encik Nuffnang yang sudi mencampakkan sebijik dua CPUV ke blog picisan akak nih! *Sobs*

Kenapa ruang rumah saya kurang hiasan

$
0
0
Ni lah sebab-sebabnya saya kurang meletakkan apa2 unsur hiasan yang boleh bergerak macam pasu, bunga etc. Kat rumah ni ada dua orang budak lelaki yang sedang membesar. Sorang tu baru 3 tahun..yang lagi sorang tu nak masuk 6 tahun. Masing punyai perangai yang sama..

Pantang tengok hiasan dalam kabinet atas meja semuanya nak diusik, diambil dan dialih. tu belum masuk kalau pecah patah dan sebagainyanya. Contoh macam hiasan dalam almari tv ni. Pintu kaca tu memang jenis tak berkunci. Sebab tu dua shelf yg bawah tu saya kosongkan je. Tengok tu kejenya asyik bukak tutup tengok cermin kat dalam tu. cap jari toksah cerita..hahah!

Hiasan yang ada kat atas tu pun tak leh duduk lama pun. Kang kejap si abangnya pula tukang alihkan bawak turun la nak main2 la etc. Tu pun saya letak hiasan simple2 je la..kalau rosak pun tak ralat sangat.

Yang last skali, sebab tak berapa pandai menghiaskan pun ye juga..hehe. Saya cukup tak suka bila dah beli..pastu bila dah letak macam tak kena atau atau tak berkenan. So langkah selamat biar je la dulu slow2 sampai juga yg tertangkap dihati..sbb kalau gitu selalunya menjadi..hehe!

Tukang cuci pinggan

$
0
0
Sekarang ni saya tak berapa larat nak berdiri lama terus menerus. Kalau dulu lepas masak untuk breakfast terus cuci pinggan, lap kabinet & meja, sapu dan mop lantai terus pastu rehat!.

Sekarang lepas masak untuk breakfast pinggan mangkuk kuali semua kumpul dalam sinki kadang2 dah penuh. Sebab nak rehat dulu. Lap,mop,sapu dah jadi asal nampak lap la skit2 huhu!..

Selalu pinggan lah jadi kerja last skali.


Tapi sejak sehari dua ni tah apa angin si abang azri ni rajin plak dia mencuci pinggan dalam sinki ni tanpa disuruh. Tapi kelecah dan basahnya kat bawah toksah cite. Takpelah tu saya boleh lap je..Janji yang dalam sinki tu dah clear. Bercinta juga nak berdiri setengah jam untuk clearkan sinki penuh tu..

#Makbuyong27weeks

posted from Bloggeroid

Salam Aidiladha 2014

$
0
0
Tahun ni raya haji tak sempat balik rumah mak. Jadi sambut di BP juga lah. Macam biasa, menu wajib tiap kali raya.. rendang, nasi himpit kena la buat. Saya jarang masak rendang..selalu mak yang buatkan..adalah tahun lepas buat sendiri juga time raya haji sebab tak balik kajang juga..

Rendang saya kali ni masih tak 'sekick' mak buat..warna 
pun pucat je..takda terbit minyak pun! huhu. Padahal mak dah sms bahan2 dan sukatannya. *sobs*




Tu je.. hihi!

Teaser Pasang Lampu Pagar Baru

$
0
0
Sebab pillar tembok dah besar lampu pagar yang lama  tu dah tak sesuai. lagipun dah karat bebenor. Lampu pagar ni cantiknya setahun je pastu berkarat lusuh bagai..ye lah dah hujan panas je..huhu


Sebulan menunggu lampu pagar warna putih ni. Kena Pre order rupanya..jumpa kat batu pahat terus berkenan..tapi saya beli kat puchong, biasalah sebab lagi murah..hehe!

Hari ni baru orang wiring tengah pasangkan...pic meroyan menyusul kemudian.. hihi!
posted from Bloggeroidlampu pagar yang lama

Lampu Pagar Rumah lagi

$
0
0
Hamboi kemain tak menyabo nak tunjuk lampu pagar baru..kikiki! Akak 'heksaited' ko. Alkisahnya mencari lampu pagar idaman susah bebenor semuanya tak berkenan. Sebelum raya haritu dah survey2 juga kat kedai-kedai lampu sekitar Batu Pahat ni..

Sekali masa tengah survey2 kat BP ni berkenan plak dengan lampu putih ni. Encik boss pun berkenan sebab bumbung lampu tu designnya berjalur-jalur macam matching pulak dengan cornice siling bumbung depan rumah saya macam pic bawah ni..



Tepek skit rupa cornice siling akak ni hehe! haaa.sama kan-samakan..hihi! haha beriya macam lah orang nak dongak n comparekan..kiki..

Tapi nak kena pre order masa tu. Harganya pula di Batu Pahat dekat nak RM600 sebiji untuk size yang besar. Dia ada 2 jenis size dan beberapa warna macam kat dalam pic atas tu. Selain putih, ada cokelat dan grey. Yang bestnya material dia bukan besi atau aluminium tapi adalah fiber. So dia takkan karat lah kononnya. 

Tapi encik boss kata kalau order kat BP pun dapat dekat nak habis syawal juga. Baik survey kat Puchong dulu kot ada stok dan lagi murah..

Last kami jumpa juga yang sama macam kami nak kat kedai di Puchong ni. Pun kena order
juga lebih kurang sebulan tapi lebih murah. Jimat RM200 untuk setiap biji..huhu!


Setelah sebulan menunggu, semalam baru dapat pasang lampu ni kat tembok. 


Gigih akak mensnap pic..hahaha!






Siap tunggu waktu nak gelap semata2 nak ada efek lampu beraksi konon haha! Kalau dah gelap terus tak nampak dah bentuk lampunya..nampak silau lampu jaaa..

Ok..suka-suka! ..hihi ! ;D

#9 Ongoing CPUV | HP PC Demand Gen Digital, Proton PCC, Kasi App Campaign & SME Micro

$
0
0

Woot-woot akak macam tak caya je bila tengok Nuffnang ni. Haritu tengok ada 5, pastu kali bertambah lagi. Dah jadi 9 CPUV yang masih on going dengan pertambahan CPUV. Apakah fenomena yang telah melanda blog akak ni..hahah adehh! gila jakun sat.. :D


Macam-macam cara nak kurangkan lalat

$
0
0
Saya memang suka sangat dengan ketenangan di kawasan rumah saya ini. Terpencil, sunyi..jauh dari bunyi kenderaan, berangin, dengan bunyi-bunyi unggas dan haiwan2 kat sini. Tapi satu je yang memang saya tak tahan iaitu banyak LALATTTT!grrrrr...

Saya tak pasti kenapa menggerutu sangat le lalat kat sini, tapi masa duduk dekat area bandar dulu memang kurang la lalatnya. Jadi andaian kami adalah disebabkan kawasan rumah kami yang berhampiran dengan kebun kelapa sawit, kebun sayur orang kat belakang2 hutan ni la ..mungkin la dari baja2 kebun tu kan..


Dulu saya ada up entri pasal pelekat lalat SELL ni. Memang kami beli ni berkotak2 untuk kegunaan harian tterutamanya bila  time ada makanan..

Jadi setiap kali nak makan memang dah siap2 bukakkan pelekat lalat ni. sekurang2nya banyak lah lalat yang terperangkap kat sini berbanding yang nak hinggap dimakanan. Bukan takda tapi boleh la distract lalat2 tu..hehe! Ini kira sedikit juga la. Ada sekali sekala tu  memang lebat atau menjelang petang memang penuh lah satu pelekat. Lagi2 kalau musim cuaca panas dan kering.


Tak cukup dengan pelekat lalat, benda ni pun kami beli juga. Apa tah dipanggil ek? lupa dah.. Jenama Khind, RM200 lebih juga tak silap. Ni pun membantu juga memerangkap lalat yang tertarik kat cahaya tu. Tengok lalat yg dah kena renjat dengan besi tu..hehe!. Patutnya
digantung tapi malas la nak gantung kat siling nanti nak buang tray lalat yang warna purple
 tu kena panjat2 kerusi lak. So letak je bawah sementara nak mencari meja khas untuk letak lampu ni.

Satu je kelemahan bila letak bawah ni, kena cepat2 kosongkan bekas lalat yang dah mati tu sebabnya nanti encik semut pula datang beramai2 membawa keluar lalat2 tu pulang ke sarang.. selalu saya terpaksa sapu balik semut2 yang sedang mengusung lalat tu kat lantai huhu !

Cubaan membuat Potato Fritters

$
0
0
Hoi, akak kecur tau tengok post orang dok citer pasal buat Potato Fritters ni. Saya kalau bab makanan2 bergoreng gini memang favourite tau. Terus saya google resepi kat internet. Rupanya senang je resepinya, bahan-bahan pun memang ada kat rumah.

Bahan-bahan:
2-3biji kentang
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Lada sulah
Garam

Sagat kentang tu halus2, saya gunakan penyagat ikea tu. Lepas tu satu semua bahan2 tadi.

Ni hah kalau tak tau gak rupanya..hihi! Saya suka sagat ni sebab senang. Ada halus, ada kasar. Nak sagat pun laju je..


Panaskan minyak skit pastu sudukan leper2 atas minyak tu. Saya buat nipis2 je sebab lagi nipis lagi ranggup..heheh! Lepas balik-balik kan sampai masak.



Ni lah hasilnya. Boleh tahan gak rasanya cuma masa ni macam terkurang garam je. first time buat kan takut2 lak nak letak garam lebih. Next time boleh lebihkan garam dan lada sulah lah. Ala orang kita panggil cekodok jaa!..Nak western skit konon panggil ler fritters..kih kih

Renovasi: Cerita tambahan Pebbles Wash

$
0
0
Dulu saya ada share pasal pebbles wash dekat entri ini. Masa tu just buat keliling tiles yang sedia ada macam border lah konon. Lepas tu tinggal ruang rumput depan je tak bubuh pebble wash lagi. Lepas raya baru berkesempatan nak buat..tapi ada plak penambahan lain. 
Antaranya tiles lama yang diluar pagar ni. Dulunya tiles hitam tapi dah comot sangat dengan simen dan ada retak sana sini. Jadi encik boss kata potong dan buang je tiles lama ni pastu letak pebble je sekali ddengan batu duduk kiri kanan pagar tu..


kalau ikutkan pebbles sampai ngat rod besi pagar tu je..kat belah luar pagar masih guna tiles hitam tu juga.


Ini masa kerja nak simen kasi rata dulu surface tu..baru lah di lekatkan batu2 kecil tu. Masa diorang lekatkan tu saya tak sempat tengok sebab dah keluar..Rumput pun kena korek dan lipat skit...huhu

Bila dah siap..so lepas ni tak perlu nak cat2 bahagian batu ni...



Abaikan kerusi kaunter itu..barang kerja encik boss tumpang jap..huhu

bahagian dalam rumah ni pun kami buat skit design pebble wash ni. tak tahu nak buat corak mana..buat lurus2 je lah senang. kalau berkotak2 plak nampak semak mata..
so buat je la lurus2 begini. Tiles hitam tu selalu nampak comot bila time2 lama dah tak mop. kena sentiasa digilap. Ni yang nak beli mesin menggilap tu je tau..takyah lenguh2 tangan mengemop.

kami buat sekerat laman ni je. Kira sampai tengah ni kereta tak keluar masuk dah. Yang ada pebbles wash ni macam tempat istirehat lah. So kira kebanyakan yang nak dibuat dah siap, tinggal buat awning untuk tempat letak kereta kat hujung tu je dengan mini wakaf kat belah luar. Lepas tu baru boleh fikir pasal lanskap dan pokok2..




Borong @Mom & baby expo Mid Valley

$
0
0

Berkesempatan nak pergi sebabnya nak beli diaper. Selalu mmg persedian untuk newborn saya suka terjah expo. Dapat macam-macam goodies dan free gift. Balik check up hukm minggu ni mmg dah aimed nak terjah ke Mid Valley..


Borong size Sx3pc & M 1pc dulu, dengan sabun head to toe..sebab nak genapkan minimum RM130 dapat kiddy bag ni free..hihi! Konfiden betul tak ambik size NB sebab kalau size S dari 3kg-7kg. Mengikut sejarah budak ni sume lahir 3.6kg& 3.7kg..klu size NB tu dalam pantang dah ketat sebab size NB below 5kg je..tak tau la yang ni lahir berapa kg kan..ala klu besar pun tunggu je la sampai muat..huhu



Borong juga nursing bra dengan sleep bra. Saya memang peminat Nursing Bra kelly ni sebab selesa, takda wire, takda padding just cotton je..'asset' kocik takpolah takyah berpadding2 hahahah!



Singgah juga kat Daiso sebab dah sebelah2 kan dengan expo tu. Beli socks untuk pantang yang comel2 skit..hover betul..hehe! Tak puas nak tawaf daiso pasal hari dah petang plak nak balik cepat..sobs!

Baju2 baby KIV lagi sebab blank la nak beli apa. Balik dari ekspo terus keluarkan baju2 newborn budak2 ni yang masih elok lagi nak kumpul untuk dibasuh.

tinggal lebih kurang 2 bulan lebih lagi..masih lagi prepare slow2..

#29weeks
posted from Bloggeroid

To Let Go: Sweet Cherry Stroller

$
0
0
Saya nak let go stroller Cherry yang lama ni. Beli tahun 2009 tak silap. Boleh pakai dari Newborn sampai toddler tak ingat la berapa Kg. Handle reversible, boleh foward facing dan rear facing. Condition macam dalam gambar tu. Kain dia semua takda koyak except getah kat tempat pegang tu (dah koyak skit). Reason nak letgo, nak carik stroller baru..kih kih!
Harga letgo RM50 NETT. Berminat boleh e-mail saya hayatiehashim@yahoo.com atau pm di facebook.

Birthday preps Azri Di Tadika

$
0
0
Sekarang ni saya tengah sibuk menyiapkan persiapan sambutan birthday azri di tadika dia. 
Memandangkan tarikh harijadi azri jatuh 23hb ni tapi waktu cuti so buat masa naik sekolah nanti pada 26hb nanti.

Azri request nak sambut dekat tadika dia macam kawan2 dia yang lain. Sebab tPhewwni last dia tadika so kena lah buat juga. Dia nak tema Mickey Mouse club house la plak. Kek pun kena tempah kek Mickey juga.


Barang-barang untuk goodies bag ssebahagian saya cari masa balik kajang hari tu. Blur lah nak cari kat Batu Pahat. Saya plan nak bagi set alat tulis tapi kemain la terlebih kos plak nak2 lagi yang tema kartun disney. Last2 saya beli loose set je lah. Nak bagi pensel, pemadam dan bookmark (buat sendiri). Barang2 ni saya beli kat Mydin, murah skit kot huhu!

Nampak whind wisel tu macam menarik juga. Boleh lah masukkan dalam goodies bag skali..hehe. Selebihnya tinggal makanan je lah yang saya cari kat Bp je. Mungkin air kotak, waffer, layer cake etc kot serba sedikit. 

Pasni kerja2 packing goodies untuk 68 orang budak tadika plak..pheww!

Deko simple: Hiasan di Divider Ruang Tamu

$
0
0
Ingat tak pic ni dalam entri ruang tamu saya tahun lepas. Dekat pintu masuk ke ruang tamu memang saya ada letakkan sebiji divider kabinet. Saya ni memang slow la nak menghias apa2 atas lemari ke meja. sebab tu atas perabot banyak kosong je. 




Gini la kosong, tak terfikir dan tak jumpa hiasan berkenan  nak letak atas ni. Sudahnya jadi tempat letak kunci bersepah je atas. Ni kira kemas la sebab nak snap pic..hehehe kalau tak atas ni jadi tempat letak segala surat bil macam port sementara..hahah!



Haritu jalan2 kat Living Cabin nampak frame dan jam putih ni. Saya beli je tak plan pun nak letak mana. Sebab nampak comel je bila jam dan frame ni digandingkan bersama hahah!



Tu yang terfikir nak letak  gambar famili dengan jam ni sekali. Frame ni RM12.90 untuk size gambar 5R. Jam pulak RM22.90. Ok la kan jadi hiasa buat sementara..kikiki!


Kalau masuk2 rumah dari pintu terus tengok gambar famili ni Baru le rasa sejuk mata memandang gambar keluargaku..hihi!

Yang para2 bawah tu tak tahu lah hiasan apa nak taruk lagi. Belum jumpa lagi. Ingat macam nak letak pokok hidup ke tah la..tapi off betul bila budak2 ni suka ambik dan alih2. Yang jam dan frame ni pun kemain jaki memasing nak pegang. Si abang asyik le nak pindah frame tu ke lemari tv la etc..

Ulang tahun kelahiran Azri Ke 6

$
0
0
 Semalam 23 october patutnya harijadi azri. Tapi takda beli kek pun macam selalu sebab tengah busy siapkan goodie bag untuk dibawa ke tadika dia pada hari ahad ini. Acara makan kek pun semua akan disambut dekat tadika dia je. Nasib baik dia cuti terus 4 hari dari deepavali tuhari..senang skit nak siapkan kerja2 tu. Kek memang dah tempah dan ambil pada hari ahad tu terus je.. 

Oklah cerita pasal persiapan goodie bag etc bersambung dilain entri..hehe!

Persiapan akhir Birthday Azri di Tadika

$
0
0
Lebih kurang 3 hari juga ulang alik ofis encik boss sebab nak siapkan packing goodie bag untuk dibawa ke tadika azri pada 26hb Ahad ni. Barang2 macam stationary Mickey tu saya dah beli kat Mydin Kajang je. 

Semua barang saya packing di ofis je sambil dibantu oleh staf2 encik boss (tq so much pada staf ema dan leen kerana membantu). Yang amik masa tu sebab buat bookmark dan label kepala Mickey untuk dilekatkan dekat goodie bag. Satu2 kena gunting dan tampal. Goodie bag plak ada 80 bag semuanya. 68 bag untuk tadika azri sahaja sebab ada 68 orang murid kat situ


Saya cuma beli pen, pensil dan pemadam Mickey je. Konon nak beli satu set lengkap terus tapi adeh tu pun dah RM5+ ...huhu. Buat gini je dengan bookmark Azri sebagai kenang-kenangan kan..


Dah siap2 tampal label bentuk kepala Mickey ni kat Goodie bag, siap letak tali senang nak pegang. Brown paper ni murah je, RM3.50 untuk 100pcs..tp sy dapat size kecik je 5x9..boleh la muat air kotak, appolo kek, waffer choc, gula2 dgn stationary tadi. Tapi agak terhad la skit kena susun2 betul2, kes malas nak carik lain punya pasal..hehe!




Tadaaa..comelkan, seronok plak tengok. Staf yang tolong designkan nih..mekasih banyak2 yer cik ema ;)


Untuk teacher pun ada. Tak tau nak bagi apa, kasik.shawl je la. Beli shawl siap dapat packaging box yang comel ni. Sesuai nak buat gift terus. Pun beli kat staff cik ema ni.  Baru buat online biz Shawl ni. Sapa yang cari shawl labuh boleh la terjah ke Page dan Instagram Idaman Hazimah tu yer ;)

Akhirnya semua goodie bag dah siap2, kek tema Mickey pula tinggal nak ambil esok terus. Tak tahu lah macam mana rupanya lagi. 


Kek Tema Mickey Impian Azri

$
0
0
 Lepas dah siap preparation goodies bag. Akhir sekali baru dapat upload gambar kek mickey yang saya dah siap2 order 2 minggu lepas. Sebabnya kek tu saya ambil pagi2 sebelum hantar azri dan terus bawa ke tadika azri pagi ahad tu juga. Malas nak simpan2 rumah dulu.



Sebelum nak tempah kek ni, azri dah siap2 dulu pilih kek yang dia nak macam mana kat google. Dia nak tema Mickey Clubhouse dengan Kawan2 Mickey sekali macam dalam Google pic sebelah kiri tu. Saya bagi je contoh kek suruh ikut lebih kurang la. Tak sebijik pun takpa..huhu




Dan hasilnya tidak mengecewakan. Pagi2 dah dapat whatsapp pic kek dari orang yang buat ni. Memang teruja saya. Terus kejut azri tunjuk pic kat dia..kemain laju je dia bangun kul 6.30am tu kalau tak memang liat lah nak kejut dia pi sekolah. Sebab pagi tu kena pergi awal skit sebab nak collect kek dan hantar goodies bag sekali kat sekolah kan. kalau lambatkan payah plak nak letak barang2 bila budak2 dah masuk dalam.


Sehari sebelum hari nak ambil kek ni saya tergerak nak order lagi sebiji kek yang sama tapi yang kecik2 setingkat je untuk buat makan dirumah. Saya terfikir kang masa ambil izzet tengok je kek abang dia tapi tak dapat nak rasa, kami pun tak dapat rasa juga kan sebab yang 2 tingkat tu semua dah hantar ke tadika..

Nasib baik juga dapat. Cuma dia kata patung kawan2 Mickey tak cukup lah sebab dia beli kat barang2 ni semua kat KL sebelum ni. Takpa lah, janji ada sebiji yang sama juga. Yang ni kecik sedikit sizenya dari kek merah atas yg 2 tingkat tu. 

Tapi syukur betul saya terfikir nak order juga extra yang kecik ni. Memang izzet tuntut nak kek macam abang dia tu. Tak sabar2 dia nak makan kek Mickey tu lepas balik dari hantar abang azri. Saya hold dulu kata nanti tunggu abang balik tengahari karang kita celebrate sama2 lagi sekali. Sebab sebelum ni kami takda beli n potong kek rumah pun.

Saya order dengan Puan Rawida dari Darnilicious Bakery. Kos kek 2 tingkat tu RM180 dan yg sebiji kecil tu RM70. Memang worth it la total RM250 tu .. :)


Sampai teacher pun tanya beli kat mana kek tu sebab rasanya pun sedap. ;)

Balik dari tadika saya tanya azri macam mana dengan kek tu, kawan2 suka tak. Dia kata semua kawan puji kek dia cantik dan sedap. Lepas tu dia kata semua kawan2 dah kawan dengan dia..hahaha! Ni pasal haritu ada kes dia ngadu dengan saya katanya sentap dengan ada kawan ni tak kawan dan tak tegur dia...hai la budak2..macam2 kan..hihi!

Alhamdulillah, tercapai juga tunaikan permintaan azri nak sambut birthday kat sekolah. Sebab tahun ni dah 6 tahun kan dan tahun akhir dia kat tadika. Saya gagahkan juga la buat persiapan dengan keadaan membuyung ni, bawa perut kehulu kehilir cari barang2..hehe!

Gambar2 azri potong kek di tadika to be continue.. ;)


Viewing all 539 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>