Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all 539 articles
Browse latest View live

Gambar Sambutan Hari jadi Azri Di Tadika

$
0
0
Baru sempat upload gambar2 Azri sambut birthday di tadika Little Caliphs Batu Pahat. Seperti yang diminta. Gembira sangat dapat juga dia merasa sambut dekat tadika macam kawan2 dia. Teacher tolong whatsapp kan gambar2 ni semua. Ada sebahagian je yang saya upload dekat blog. Banyak plak kalau nak upload semua, huhu. 


Jom layan gambar-gambar sekitar acara potong kek tu.. :)



Muka malu-malu ni..





Kena baca doa dulu depan kawan-kawan, hihi!




Baru potong kek..




Lepas tu bagi goodie bag kat kawan-kawan..

Goodie bag untuk teacher juga..

Teacher pun dapat goodie bag ;) Saya hadiahkan shawl je, tak tau nak bagi apa..


Bergambar dengan kelas 6 years dia. Kalau termasuk 5 years dan 4 years ramai lagi..ada 68 orang semuanya.


Alhamdulillah, terima kasih Teacher Aishah yang tolong snap dan whatsapp kan gambar2







Lepas balik dari tadika tengahari tu sambut lagi kat rumah pula. Ni giliran adik dia plak yang dari pagi menunggu nak makan kek Mickey ni. Nasib baik saya order kek yang sama tapi kecik punya..huhu


Adik yang tak sabar nak makan kek mickey tu.hehe! Abang dah setel sambut kat tadika pagi tu.. 



Bahagian dalam kek ni. Memang sedap keknya ada filling bluebbery lagi. Tak macam kek beli kedai tu luarnya cantik dalam rasa tah pape manis je. Dah selamat pun kek ni sebab kecik je kan..sekali ngap je



Ubah kedudukan outdoor unit Aircond & Idea Awning tingkap

$
0
0
Masa panggil orang servis aircond bilik bawah, terpaksa ubah sekali kedudukan outdoor unit aircond ni. Itulah masa kerja-kerja conceal pipe aircond dulu tak terfikir pasal nak bubuh awning kat tingkap..huhu. Ada saya cerita pasal kerja2 conceal pipe aircond di entri ini. Tujuan conceal supaya tak nampak lah laluan segala bagai kabel & paip tu nanti baik didalam mahupun diluar.


Mujur yang dialih tu cuma keatas sedikit je dari tempat asal supaya bawah tu dapat diletakkan awning untuk tingkap bagi mengelak tempias hujan. Kalau kena alih jauh lagi rabak lah dinding kot..huhu. Proses nak alihkan yang unit kecil tu takda masalah sangat. Cuma unit yang besar tu je yang agak susah sebab besar dan berat. Yang tu 2.5hp untuk aircond di ruang tamu.

So kabel hitam tu pun terpaksa ditambah dan dipanjang lagi. Sebab yang dah conceal tu memang ngam2 je keluar ke unit. so nampak la skit kabel tu 'menjalar'. Takpalah nanti dah letak awning dan cat skit ikut warna dinding tak nampak sangat la kot huhu!

Kos untuk alihkan kedua-dua unit ni lebih kurang RM350 juga lah. So pada yang plan nak pindah masuk rumah baru tu kalau ada bajet untuk conceal pipe untuk aircond lebih baik kalian plan dan susun betul2 kat mana outdoor unit tu nak diletakkan. Sebabnya kalau aircond jenis tak conceal piping takda masalah untuk dialihkan walau jauh mana pun sebab semua pipenya kat luar je. Tapi once dah conceal agak sukar nak ubah lagi sebab semuanya dah ditanam dalam dinding. kalau nak alih pun setakat jarak sekaki dua macam ni ok lagi..

Saya plan untuk letak awning disepanjang tingkap bilik bawah ni bersambung ke pintu dapur dan tingkap dapur tepi tu. Sebab sekarang ni kalau hujan memang confirm lah tempias kan gini.


Hahhhh lebih kurang gini lah lakaran kasar saya, hahah! 


 
Saya lebih berkenan stail awning tingkap begini dari yang jenis polycarbonate (skylight) tu. Sebab nak nampak sedondon dengan bumbung rumah. Dan saya rasa lebih 'comel' skit hehe!. Tapi yanh dalam google pic ni macam tak berapa lebar. Saya ada nampak yanh lagi lebar skit kat area perumahan kat sini. Kayu topang tu kena panjang lagi skit kot..


Lebih kurang gini lah ciri2 awning tingkap & pintu yang saya nak. Struktur dia gunakan kayu sahaja yang di cat gelap. Kalau boleh nak kayu yang siap berukir cam pic atas tu..amboi kemainn heheh!


Jahitan: Pad Kain Untuk Berpantang

$
0
0
Lama tau saya tak pegang mesin dari awal april juga la. Setelah berbulan-bulan, semalam paksa juga diri untuk buat cp. Last2 amik ko 3 keping..haha! 3 keping tu kira hebat la untuk saya sebab cuti masak dan kerja rumah skit..kikiki!


Kali ini saya buat versi corduroy. Kebetulan ada lebihan kain corduroy yang saya buat DiY Mei Tai (Entri) 3 tahun lepas. Giler lama perap kain..huhu



Bahagian dalam saya gunakan printed flannel pula.. wahh nampak gebus je sebelum pakai.



Untuk makluman, kain2 flannel dan designer memang saya akan basuh sekali terlebih dahulu untuk kurangkan pengecutan, pelunturan warna. So untuk penggunaan kali pertama boleh terus rendam2 dalam air perah tangan (tanpa sabun atau sedikit sabun) dan sidai. Penggunaan mesin akan mempercepatkan kelusuhan cloth pad tu.



Bahagian wing pad ini. Sebenarnya kain corduroy ni lagi lembut dari jenis fabrik denim. Tu yang saya nak cuba buat dan test pakai sendiri. Pun begitu takleh letak banyak sangat lapisan flannel penyerap kat bahagian dalam  nanti jadi terlampau tebal lah plak. Tunggulah saya 'test drive' dulu masa dalam pantang nanti... :)

Buat masa ni saya tak ambil sebarang tempahan untuk cloth pad lagi. Tunggu lepas berpantang nanti kot. Kalau ada pun  menghabiskan stok2 lama je. 

Ok nak sambung jahit..siap nanti spam pic lagi..hehe!



Label LaLiLo

$
0
0
Tadi tengah kemas toolbox jahitan. Saje je nak post gambar label jenama jahitan saya ni. Dah hampir 3 tahun sejak saya dapat label ni. Ada saya cerita dalam entri ini. Banyaknye lagi bila lah nak luak huhu!

Masa tu kena order minimum 1000pcs. Saya order dengan Insang Pari RM325. Tengah cari kekuatan untuk menghabiskan label2 ini. Sebabnya saya macam dah mula boring dengan logo ni..agaga! Terasa macam nak design logo baru. Tapi label bertimbun lagi. Maka dengan itu bertabahlah..



Playroom yang sepi..

$
0
0
Lama dah budak2 ni tak naik atas dah bermain sepah2 kat dalam ni. Kalau tak dulu hari2 bilik ni penuh mainan atas lantai. Sejak encik boss operate kaki awal tahun lepas tu sambung plak dengan preggy saya beberapa bulan lepas tu memang kami semua berkampung kat bilik serbaguna dibawah saje. 

Haritu Azri ajak saya lepak atas. Dia cakap dia nak main2 Lego kat bilik dia. Ibu baring la kat katil atas. Bila saya suruh dia naik sendiri dengan adik dia kata dia takut sebab sunyi. Saya kata bukak la tv..pun dia taknak. Dah ada adik teman pun takut lagi nak main2 sendiri kat atas..huhu

Saya memang cukup malas nak turun naik tangga sebab taknak melasak sangat time tengah cerclage ni. Last2 saya naik juga lah temankan kejap2 sambil jenguk2 skit tingkat atas ni. Nasib minggu lepas dah panggil cleaner datang kemas atas, kurang skit habuk dan taik cicak. Dah 2x juga dia datang kemas rumah saya..kata maid tu, kakak ni bilik besar2 gak ditidurinya..kikiki. Bukan takmau tidur tapi keadaan tak mengizinkan lagi..

Tunggu ibu lepas habis pantang lah nanti baru kita semua mula tidur balik kat tingkat atas ni. Saya dah cakap kat azri bila ada baby nanti, azri dengan izzet kena tidur bilik ni. Lepas tu muka masing2 dah boring..hahah. Takpalah nanti abah tidur sekali sini, kata saya. Tapi dia tak tahu yang abah cuma tidurkan dia je...heheh!

Bilik dia pun tak berapa ceria plak dekonya. Mungkin saya patut banyakkan sesi Art n Craft kat sini. Jadi bolehlah display buat hiasan. Baru nampak ceria kot. Ok itu azam saya lepas berpantang nanti nak banyakkan aktiviti dengan budak2 ni. Ye ye je azam ..dah ada baby nanti tah2 kelaut lagi..hehe! 

Pastu cadangnya nak tambah lagi meja putih tu sebiji lagi sebab macam kecik sangat je tempat tu. Almari baju pun nak kena ada juga ni. Tapi saya plan nak jenis yang open je. Macam open wardrobe/ststorage system. Stail gantung2 je, letak2 kat box je yang boleh nampak takyah pintu. Tapi kelemahannya kalau time berserabut, sakit le mata nengoknya. Amik ko kemain berangan lagi...hihi

Koleksi Cloth Pad Baru sendiri

$
0
0
Tadaa..ni semua stok pad kain yang saya baru jahit untuk diri sendiri. Sebenarnya yang baru jahit yang versi heavy flow corduroy tu je. Yang lain tu versi trial mock up yang saya buat masa ubah pattern CP dulu tapi belum pakai. Tu yang nampak banyak. Koleksi cloth pad saya yang lama2 banyak dah lusuh, dah reput, dah koyak2 pun ada. Sadis bila tengok tiap kali sidai dah macam keluarga Flinstone plak, kikiki!

Yang Pantyliner versi Denim ni pun saya tak jadi nak jual sebab nak pakai sendiri je dulu. Mula ingat nak jual tapi saya ingat nak buat yang baru sebab saya dah ubah sedikit stail stitching saya. Sebab nak bagi seragam skit. 


Ini CP heavy flow versi corduroy yg baru saya jahit. CP yang untuk period memang saya ada lapiskan dengan satu lapisan waterproof layer yang diperbuat daripada kain PUL. Iaitu
Polyurethane Laminated. Ape tu? Sila lah check kat Wikipedia maksudnya ek.. ;)


So kali ni lepas bersalin nanti saya nak gunakan CP yang baru sahaja. Yang sizen2 tu boleh buang je lah! Oklah nak sambung cari barang2 untuk Newborn Checklist lak..

#Makyong32weeks ;)
  




Majlis Konvo Tadika Azri 2014

$
0
0
Sabtu kelmarin berlangsung Majlis Graduasi tadika Azri, Grand Ihtifal Little Caliphs Batu Pahat 2014 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Raja. Ingatkan dah lambat sebab kena ada 7.30am tapi sampai dekat nak 8.15am huhu. Nasib baik tak start lagi.

Rasa majlis kali ni macam sedih plak sebab dah makin besar dah Azri. Tahun hadapan dah mula tahun satu pulak. Rindu plak zaman dia kecik2 dulu, comel2 dengan keletah dia..*sobs!..


Ini persembahan Azri mewakili 6 years dari Tadika Khalifah Gemilang, bukit Pasir. Little Caliphs Batu Pahat ni ada dua Tadika, satu di Bukit Pasir dan satu lagi Tadika Khalifah Bitara di Parit Raja.

Azri menunggu giliran naik ke pentas.


Seronok tengok kecil2 dah merasa pakai jubah ala2 graduasi. Dulu masa saya tadika kemas takda pun majlis2 gini..hihi. 

Dapat sijil tamat program Little Caliphs Pre School program. Siap dengan hardcover folder  lagi tu. Gambar-gambar masa sesi photoshoot dekat tadika tempohari. Dan juga beg sekolah Cars. Kemain suka dia dapat beg. Balik tu siap video call dengan nenek sebab nak tunjuk gambar2 dia kat nenek..

Nak beli Storage Box IKEA

$
0
0
 Lama dah tak terjah ke IKEA ni..hehe. Balik Kajang next week memang akan terjah juga ke sana. Sementara tu saya buat list barang apa nak beli. Tapi mostly kali ni lebih tertumpu kepada persiapan barang-barang baby je sebab sekarang pun 33 minggu takut juga kot terbersalin awal walaupun EDD hujung bulan December.

Saya memang nak beli storage box yang comel2 ni semua untuk letak barang2 untuk baby nanti. Sebab nanti berpantang duduk bilik bawah so takda tempat untuk simpan segala baju2 dan barang2 untuk baby. Biasanya kalau dalam berpantang tu segala keperluan barang untuk baby nak letak dekat2 dengan katil kita duduk kan..

Saya tak bercadang pun nak beli wardrobe khas untuk baby lagi buat masa ni. Rasanya cukup kot guna storage box je. Sebenarnya ada motif 2 in 1 juga. Kot la nanti dah tak guna lagi, storage2 box ni boleh guna untuk keperluan dua orang abang2 tu pula. hihi

Kat rumah saya memang takda storage box yang fancy2 gini. Antara storage box yang saya dah aim nak sambar....


Pysslingar warna pink ni..Nak sambar dua unit terus... :D



Yang ini pun. Walaupun tak rancang lagi apa benda yang nak diletak..boleh? Boleh letak barut baby, wet tissue ke, mitten & booties ke..apa2 je la..



Yang  jenis leper2 begini saya nak buat letak baju2 baby je. Hish tak sabarnya  nak gi beli ni. Saje nak borong storage box yang colorful ni sebab nak bagi mood ceria skit la nanti waktu berpantang..huhu 



Last sekali nak beli baby cot juga. Sebelum2 ni memang tak pernah ada baby cot. Sebab tu masa tu takda rumah sendiri. Masa Azri pinjam je akak ipar punya. Masa izzet lak tak guna langsung berkepit je atas tilam. Rasa nak kena beli baby cot ni sebabnya boleh bukak sisi dan attach dengan katil. Kalau ada sesiapa yg dah penah guna baby cot jenis ni, boleh la share review dengan saya yer.




Cloth Pad: Versi lama & Baru

$
0
0
Adeh, kata tak larat-tak larat tapi buat juha..heheh! Tak tahan betul bila dah start menjahit.
Bila dah buat satu, kain2 dan mesin tu bagai tu bagai memanggil2 untuk dijahit..kikikih!


Tak habis lagi pasal pembaharuan. Sebenarnya dari awal tahun saya dah buat stail jahitan yang baru ni tapi lepas tu terbehenti jap sebab dah preggy dengan sibuk renovasi rumah lagi. Terus tutup mesin jap. Ni dah stabil balik keadaan baru lah nak hadap mesin jahit. 

Stail baru cloth pad saya ni, dah takda nampak lagi pad tu kat atas (stail top stitching). Semuanya saya dah buh hidden kat dalam. Supaya nampak lebis kemas skit. Kesemua jenis LaLiLo  cloth pad pun dah buat gini. Oops saya pun cuma ada 3 jenis je versi cloth pad; Cloth Pantyliner, Cloth Menstrual pad Regular dan Heavy Flow..yg dua ni berbeza sedikit size dan ketebalan.

So mana lebih nampak ok, versi lama ke versi baru? ;)Till then, nak sambung kemeroyanan menjahit plak :D

Storage Barang Baby & Persiapan

$
0
0
Tak lengah lagi, hehe. Kan haritu saya kata nak beli storage box comel2 kat IKEA, weekend tuhari balik rumah mak terjah ke IKEA. Mostly saya dapat beli storage yang saya dah senaraikan tu. Sukanya tengok storage yang ceria2 ni. 

Antara storage yang saya beli. Dah siap2 letak skit2 dulu barang-barang baby. Storage yang berpenutup tu saya letak baju2 baby. Buat masa ni cukup lah spacenya, baju babykan
kecik-kecik je. Ada lagi storage box yang saya belum bukak plastik kat bawah tu jenis yang besar2 untuk letak bawah katil atau wardrobe. Yang tu akan dibukak mengikut keperluan. Bukak awal2 pun tak benda nak letak. Plannya nak letak cloth diapers nanti. 

Storage yang ada rambu2 tu 3 piece set. 2 box empat segi sama. Yang satu lagi (belah kiri yg ada bantal) tu panjang lagi. Lebar jer masing sama2. Saya buat letak sarung tangan, booties, baby blanket & bantal kecil. 

Beg pink atas tu macam beg make up rupanya sebab ada cermin kat penutupnya. Saya buat letak baby lotion & baby oil, cotton ball & buds dan segala minyak2 tuk baby la. Tinggal  baby cot je saya tak beli, plan nak beli Ikea punya tapi bila tengok macam tak berkenan plak so KIV dulu.

Mostly persiapan keperluan baby macam dah setel, set berpantang untuk maknya je belum cari. Stroller dan baby cot saya KIV je. Stroller dah test drive kat Mom & Baby Expo Mid Valley  tuhari. Kalau nak boleh beli online je. 


#Makyong34weeks

Azri, Chicken Pox & Kehamilan

$
0
0
Dugaan, azri pula diserang chicken pox. Sejak dari hari sabtu yang lalu dah keluar 1-2 bintik kat muka. Hari ahad makin bertambah dan sah memang chicken pox. Yang paling merisaukan, adalah sebab takut saya dijangkiti ketika preggy ni dan saya pula memang  belum pernah kena lagi chicken pox.

Saya pula dah 34 minggu pula. Kalau mengikut artikel pasal chicken pox memang bahaya skit lah kalau ibu mengandung yg terkena chicken pox. Tapi dia ada jangkamasa2 trimester yang mana paling bahaya.

Kalau ikut artikel dalam Utusan ni, trimester pertama agak bahaya sebab boleh effect janin. Lega skit dengar sebab saya dah 34minggu,..dan seterusnya peringkat yang agak bahaya juga 7 hari sebelum bersalin atau selepas bersalin. Sebab risiko untuk bayi yang baru lahir turut dijangkiti adalah sangat tinggi.  

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130728/kn_01/Risiko-cacar-air-ketika-hamil


Dengan harapan agar saya tak dijangkiti nanti bila dah dekat EDD..Azri terpaksa diasingkan terus. Encik boss hantar dia balik ke Kajang tinggal dengan nenek sehingga chicken pox dia benar2 habis nanti. Sedihnya toksah kata la..ni kali pertama berjauhan dengan azri. Baru satu hari ni kadang2 nak meleleh air mata teringat kat dia. 

Saya pun tawakal juga sebab walaupun azri dah duduk dengan nenek sementara di Kajang, tapi 2-3hari juga saya dah exposed dengan chicken pox dia. Harap2 virus tak masuk lagi ke saya atau izzet. Izzet ni pun kalau kena juga memang kena hantar balik Kajang juga kot. 

ni masa hari kedua selepas dah keluar bintik2. By the time dia nak balik Kajang semalam memang dah lagi banyak dan ada yang dah pecah sebab digaru azri. Bila baca artikel saya jadi risau pula, sebab saya baru 34minggu sekarang ni takut plak disaat2 nak bersalin pula terkena, mudah2han takda lah kena.

3D2N Family Day Bukit Gambang Resort City

$
0
0
Khamis lepas kami semua ke Bukit Gambang Resort City untuk Family Day ofis encik boss selama 3 hari 2 malam. Plan, booking semua dah lama sebelum start cuti sekolah lagi. Tapi yang tak bestnya Azri pula kena chicken pox disaat nak pergi bercuti ni. Habis nak buat macam mana, pergi lah juga bawa izzet je sorang. 

Kami bertolak tengahari khamis, berhenti makan pastu singgah pasar malam gambang lagi  check in pun dah pukul 5pm lebih.


Malam tu kami dian Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Pertama kali makan di sini walaupun ada yang dekat kat Bangi tu pun saya tak pernah pergi.

So far ok je lah rasanya. Antara menu yang Kami order; Bawal Bakar Petai, Siakan Stim limau, Kerapu Tiga Rasa, Udang Pedas Petai, Sotong Goreng Tepung, Lala masak masam manis, Tomyam campur, kailan (standard la menu yg selalu order kat seafood kelantan kan..hehe)

Aktiviti hari kedua baru ler kami semua ke taman tema air pula. Sebab kami datang masa orang lain belum start cuti lagi kan, memang tak sesak pun dengan orang selesa je. Booking cabana pukul 11am pun banyak kosong lagi..


Naik shuttle ke theme park pun takyah tunggu lama. Kalau sebelum yang saya pernah datang dulu time cuti sekolah memang bawa kereta terus je parking kat sana.




Bergambar dulu sebelum mandi...


Amboi izzet kemain posing. 



Pic cilok kat album staff je. Pasal saya tak turun berendam. Selalu kebetulan asal saya ke Gambang ni mesti tengah preggy so tak pernah yang dapat mandi. Tiga kali sudah termasuk yang ini semuanya tak dapat merasa mandi..huk huk!. Pertama kali sampai dulu preggy izzet, kali kedua cuti sekolah awal tahun ni..tengah mabuk preggy juga..

So selfie je la sorang-sorang kat Cabana tu..hehe!


Lepas mandi-mandi, petang tu juga ke Safari dia plak. Yang ni pertama kali saya masuk walaupun dah 2 kali ke sini.

Bersebelahan dengan dengan Taman tema air tu rupanya. Memang kena menapak skit untuk naik tram safari tu. Oops bukan skit..agak jauh gak lah kena jalan melalui lereng bukit sebelum sampai ke satu lagi pit stop untuk naik tram dan terus melihat2 binatang kat situ..





Satu tram ni semuanya staf n keluarga kami sahaja. Senak weh perut duduk dalam tram ni masa meronda tengok binatang. Sebab jalannya ala2 4X4 Off Road juga la. Terpaksa saya menahan dengan tangan dan kaki bila rasa nak terhentak2 tuh.

Dalam tram ni berhawa dingin sebab tingkapnya berkunci tak boleh dibuka sepanjang memasuki tempat2 binatang tu. Safari ni bukan macam stail zoo yang kita boleh jalan kaki tengok binatang tu dalam sangkar.

Tram ni masuk terus dalam kawasan binatang tu dan kita boleh tengok lebih dekat. Tapi setiap kawasan tu dipisahkan dengan double autogate mengikut jenis binatang. Contoh bila kita nak masuk kawasan harimau tu..kena lalu autogate 2 lapis dia, tram masuk auto gate belakang tutup dulu pastu baru auto gate yang depan pula buka. Untuk.
 mengelakkan haiwan2 tu terlepas keluar kot sepanjang tram keluar masuk nanti.



Antara haiwan yang sempat saya snap. Tak semua jenis haiwan saya snap, maleh huhu! Dalam tram tu ada tukang cerita pasal haiwan2 kat situ. Sesi meronda dalam tram tu mengambil masa 30 minit. Ada lagi kawasan yang masih lagi dalam pembinaan untuk menempatkan haiwan2 baru. Katanya jika siap nanti sesi ni akan jadi lebih kurang satu jam juga lah...

Malam tu pun kami datang lagi untuk tengok show dan aktiviti Night Jungle pula. Yang sesi 
malam ni takda lagi naik tram tu sebab tram tu sampai pukul 5.30 sahaja.


Tarzan & Jane Show. Adalah 2-3ekor binatang yg berlakon huhu


Lepas tu ada Fire Show pulak..


Ini pula sesi bagi makan gajah. Namanya Jeli dan Jemah. Umur baru 5 tahun. Masa snap ni takleh flash so gelap la skit. Makanan dia kena beli kat situ gak. Sesisir pisang kecik tu RM5 dan juga ada tebu. Izzet bagi makan pisang kat gajah tu..

Ada lagi persembahan bintang lain tapi sesi belah siang..ada 2-3 show juga dalam kul 2 pm , 3 lebih dan 4pm tapi kami tak sempat nak catch up show tu semua sebab masih lagi mandi manda kat theme park..huhu!

Seronok gak kali ni dapat pergi yang Safari tu tapi  asyik teringat je kat Azri. Kalau dia ada mesti dia seronok..huhu! 







' Bye-bye' Iberet Folic

$
0
0
Masa lpertama check up dekat Hospital Pantai, Batu Pahat haritu kena amik darah. Prosedur biasa lah kalau pertama kali baru nak daftar check up etc semua untuk tujuan rekodkan. Masa keluar result tu salah satunya Hb saya sangat rendah. Bawah daripada border range.

Lepas tu doktor prescribe saya dengan Iberet Folic ni untuk 12hari. Pertama kali makan. Kali pertama makan haritu kesan saya pening, mual loya dan muntah seharian sejurus makan pil ni. Saya google kesan memang begitu, badan akan take time untuk adjust.
. Kali kedua makan pun sama juga kesannya. Sudah macam morning sickness kembali balik macam mula2 trimester haritu. Arghh takleh jadi ni. Tak sanggup rasanya nak terbaring pening sedoniya satu keje pun tak leh buat...

Saya jadi fobia plak  nak makan ubat ni untuk seterusnya..huhu! Dah lah minggu ke 35 ni banyak persiapan yang perlu saya selesaikan. Persiapan baby lagi, persiapan Azri untuk ke tahun Satu 2015 ni lagi. EDD pula 31 Dec. Memang start sekolah saya takleh kemana dah sebab dah berpantang pula...

Saya rasa badan saya tak serasi dengan pil ni.Rela saya cari alternatif dari sumber makanan pula. Moh makan bayam sebakul..huhu! 

http://www.newhealthguide.org/How-To-Increase-Hemoglobin.html

Pasang Railing di Tangga Dapur

$
0
0
Akhirnya dah ada pemegang juga tangga dapur ni. Ngeri skit nak turun naik kat tangga bila takda tempat pegang sebab tangga ni agak curam sedikit. Terpaksa dibuat begini kerana tempat yang agak terhad. Kalau nak selesa2 macam tangga standard mau gak sampai ketengah dapur huhu.

Pada yang tak tahu tangga mini ke mana, tangga ni adalah laluan ketingkat atas dapur yang memuatkan sebuah bilik kecil dan balkoni belakang. Ada saya share pic ruang atas dapur di entri ini. 

Memang sengaja diasingkan tangganya didapur untuk kegunaan bilik maid dimasa2 akan datang (kalau ada..hehe). Bilik bawah merangkap bilik serbaguna tu memang taknak buat bilik maid sebab senang nak buat tempat tumpang solat, istirehat jika ada tetamu menyinggah (dan juga tempat menjahit saya )


Ini sebelum pasang betul2 lagi. Baru letak framenya sahaja. Saya tak snap gambar semasa proses pemasangan tu. Segan lah plok nak jadi 'paparazzi' masa orang tu tengah buat keje..kih kih!..

Ini rupanya bila dah siap. Memang saya pilih design simple je. Malas nak pilih takut lama2 nanti boring. Design ni sama dengan railing kat balkoni depan rumah saya. Jenis kaca tempered ni tebal untuk mengelakkan dari senang pecah. Biasanya kat pintu2 dan railing yang guna kaca memang dari jenis 'tempered glass'. Ketebalan sekeping kaca tu adalah lebih kurang 1cm. 

Yang besi kat kawasan 3 segi tu patut ada cermin sekeping disitu tapi tukang cermin kata cermin takleh potong serong takut nanti yang hujungnya senang pecah. So just letak besi2 menegak begitu lah. Bahagian kosong tu tunggu nak letak divider kayu pula. Sekali balut dengan tiang nan satu tu. Tiang nan satu itu tiang asal, masa pecah dinding dapur tu ada tiang beam disitu so takleh pecah habis. Takut plak efek struktur rumah..


Single Hand rail sahaja letak kat sebelah besi tu.






Permandangan masa nak turun. Tak besar pun 'slab' tangga ni. Kalau 2 orang slim nak berselisih kira boleh lepas lagi la..hahaha!

Yang bahagian tangga ni tak buat railing sebab tak berapa tinggi pun. Senang nak buat duduk kalau ramai-ramai kat dapur..hehe! Abaikan lah permandangan tong gas dan barang2 ditepi itu..haha! Itulah permandangan bila kabinet belum siap lagi..huhu! Asal boleh je la letak. Encik boss kata KC tahun depan la baru buat. 


Dah ada railing ni senang skit turun naik. Tapi memang tak naik pun takda apa lagi kat atastu. Kalau ada maid, maid la kot turun naik dari bilik dia. Cuma kalau rajin kot nak sidai baju kat atas ke..huh maleh nak turun naik bawak bakul silap2 terpelecok plak..






Shopping: Bonuslink 5X Point @Parkson

$
0
0
Woot2..kemainnnnn! Semalam saya terjah ke Parkson Square One Batu Pahat sebab ada 5X Bonuslink Point kat situ. Sejak duduk BP je saya rajin ke Parkson sebab dekat. Kalau dekat Kajang kena pergi Metro Point kat Pekan Kajang nun maleh betul sebab sesak.

Selain dari nak collect point, saya juga nak redeem point Bonuslink yang ada dengan voucher Parkson. Sejak jadi pengisi minyak tegar kat Shell, baru lah banyak skit point terkumpul. Dah 3 kali tukar point dengan voucher parkson. Dah RM150 juga lah jumlahnya..

Dari tak tahu nak beli apa..nahhh! Of course, barang untuk baby lagi. Kali ni dah cukup kot. Dah beli sekali set Drypers Newborn tu untuk dibawa ke hospital siap2. Peluche tu maknya tak menahannnn comei sangat..wat gantung2 depan baby. Beli satu je la rege kemain, huhu!

Mula2 nak beli set tilam baby tapi fikir2 baik saya beli foldable mattress ni je. Kebetulan coraknya memang ceria macam tilam baby gak. Lagi satu saiz dia single. Kalau nak buat alas baby lipat dua je. Kalau maknya nak buat baring2 sekali masa menyusu pun luas skit..hehe!

Motif lain juga adalah nak cari beg letak baju baby. Beg Sembonia saya dulu yang jadi beg baby tu dah lusuh plak. Saya memang taknak beli beg diapers biasa berkartun2 tu..sebab konon la nak stylo sekali sumbat semua purse mak dan barang anak2 sekali..hehe! Kalau beg baby nak kena bawa beg tangan mak yang lain plak. Kalau beg stail gini, mak boleh pakai sling simple je kot untuk letak wallet dengan Handphone etc.

Mula dah berangan nak sambar Storksak Bobby warna Magenta ni. Kecur.. Set diaper beg siap ada thermal beg untuk botol, changin mat..rege dia RM 500 lebih tapi kena order direct la..dah order kat satu Online shop ni tak sonyap jo..huhu! Saya pun malas nak follow up. Bila fikir balik alahh beli je la beg biasa kat sini convert buat beg baby. Lagipun thermal beg tu bukan saya guna pun. So takda rezeki beli Storksak..


Jalan2 kat Parkson semalam terberkenan dengan yang ini. Brand biasa je Giorsardi. Dari Rm200 lebih ada 60% dapat la RM154. Ada dua pattern. Yang kanan tu  lebar tapi kurus. Tapi boring plak dengan stail tali dan lubang2 kecik tu. Macam eco beg je. Yang kiri tu kecik skit tapi lebar tapaknya. Dan pattern dia lebih stylo skit la.

Last2 saya pilih ni. Stail beg2 gini selalu ada beg kecil zippered kat dalam untuk letak valuable items kot. Sekali dengan removable sling straps.

Ok gasak..malas nak pikir. Kira boleh lah ni. Baju2 baby pun bukan besar2 nau kan. 

Setakat nak sumbat baju, blanket, diaper 2-3 keping, boleh sangat nih...hehe! Tinggal nak packing baju2 baby siap dalam ni untuk dibawa kehospital nanti. Dah packing leh standby tinggal angkut je in case kalau nak ulang alik ke Kajang nanti. 


Beli jugak sandal. Sebab semua kasut saya jenis flats bertutup kang nak pakai kat spital leceh plak. Nak pakai selipar tak main plak tu..kah kah! Ada hati nak stylo bling bling jugak. Nak padan dengan kasut flat saya sebelah tu, hover dengan bling2nya, hehe!  . Sandal gini senang nak sarung dengan stokin lepas balik hospital nanti.... :D Adeh macam2 la..nak lawan che Ta bersalin stylo kot..hihi.

Ok setel semua persiapan kot. Tinggal set berpantang je, minyak2, pilis, param...(macam la strict berpilis  berparam cik yati ni..ok kali ni nak buat betul2..) 

#Reaching36Weeks



Basuh Koleksi Cloth Diapers

$
0
0
Lama tau Cloth Diapers ni terperap. Hampir 2 tahun. Tapi dah banyak sangat berjasa dari Azri & Izzet baby hingga umur 3 tahun memakai CD ni. FYI, saya memang FANATIK CLOTH DIAPERS sejak dari zaman Azri lagi. Banyak tau jimatnya pakai cloth diapers ni. Especially masa anak bawah 3 tahun. 

Tapi saya bercloth . apers sampai anak 3 tahun sebabnya; 1. Kain ni tak dapat menampung lagi bahan buangan mereka especially kencing la. Sebab Azri & Izzet ni memang kencing kuat & banyak. Boleh je nak terus guna CD tapi laundry CD boleh jadi berbakul la dalam sehari sebab dah basah dengan kencing. 

Pastu saya tak  tahan bila time berak juga. Maklumlah 3 tahun lebih makan pun dah macam orang dewasa, bayangkanlah..tak tahan bauu woo nak bilas cd yang dah kena poo poo tu..huhu! .Sebab tu start diorang 3tahun je saya dah guna disposable pula..tahan lama skit.  ;)


Bila dah nak ada baby nih, kena lah basuh semula CD yang terperap ni. Ni baru separuh, ada lagi tersimpan dekat rumah mak saya. Sekali lagi balik Kajang nak kena angkut semua pula. 

Jenis-jenis Koleksi Cloth Diapers yang anak2 saya guna; Grovia AI2 (All-in-two), sesuai untum pakai time jalan2 sebab tak perlu bawa CD banyak. Just bawa satu CD (cd shell + Soaker pads tu 3-4 keping).

 Cloth diaper jenis Pocket saya guna masa kat rumah je. Jenis pocket ni kita kena masukkan insert dalam pocket tu. Kalau dah soil dengan cd2 pun kena tukar sekali.

Jenis AIO (All-in-one) tu maksudnya insert/soaker pad dah siap dijahit sekali kat Cd tu. So kIta tak payah masuk2/snapkan lagi insert ke dalam CD tu..

Dah siap2 basuh dan simpan dalam storage box IKEA yang saya dah beli haritu.

Just nice plak storage box PysslingarStorage Box Pysslingar IKEA ni untuk buat letak Cloth diapers. Dah susun 28 keping Cloth diapers dah dalam ni. Ada space lagi untuk sederet lagi cloth diapers.  Lepas tu boleh zip kan atas. Boleh simpan bawah katil atau bahagian  bawah almari ke.

Ada lagi storage box IKEA yang saya beli haritu masih berplastik lagi. Belum lagi dirasmikan lagi. Slow2 kemas barang2 nanti baru bukak satu-satu..

Stok Cloth Pad

$
0
0
Sempat juga siapkan ready stock untuk Cloth Pad di saat2 akhir ini. Ingat kan nak cuti dulu menjahit sampai lepas habis berpantang tapi lepas siapkan cloth pad sendiri untuk berpantang haritu tu terus dapat aurau nak sambung terus menjahit...hihi




Dapat lah juga buat stok untuk cloth menstrual pad. Just nak habiskan kain microfiber towel tu.


Lepas dah habis kain microfiber, saya sambung buat Cloth Pantyliner pula. 


Yeay, kain flannel yang dulunya penuh sebakul dah makin berkurang. Memang kalau boleh nak habiskan terus kain2 yang tak berjahit sebab nak kurangkan muatan bakul2 dalam bilik  bawah ni. Nanti dah jadi bilik berpantang semak pula nak dengan bakul2..

Untuk pembelian boleh ke www.lalilo.com.my




Giliran Izzet & IgG Test

$
0
0
Whoaaa..2 minggu lepas Azri kena chicken pox walau dah kena asing kat rumah nenek di Kajang. Tiga hari lepas izzet pulak dah kena chicken pox. Selasa tuhari dah keluar blister sebiji dua kat celah jari dan leher. 

Ingat dah asing Azri kat rumah nenek, mudah2han izzet tak jangkit tapi akhirnya kena juga. Mungkin dia dah jangkit dari hari sebelum Azri balik ke rumah nenek lagi. Masa tu Azri dah tumbuh juga blister 2-3 biji.

Selepas 2 hari dah banyak gini. By hari jumaat ni dah penuh satu badan dan muka..sampai ke kulit2 kepala pun ada. Izzet kena chicken pox ni lagi banyak dan teruk skit dari Azri. Mungkin sebab dia kecil lagi kot.

Aduh sekarang ni tinggal saya je yang masih lagi nampaknya tak tunjukkan tanda2 chicken pox lagi. Sebab saya memang belum pernah kena lagi plak tu dah minggu-minggu akhir nak bersalin. Risau sangat.


Kebetulan saya balik kajang harini sebab nak ambik azri yang dah baik dari Chicken pox. Lagipun saya kena nak prepare barang2 sekolah untuk darjah 1 dia...

Sebab saya masih uncertain sama ada saya dah ada antibodi dengan virus chicken pox. Saya decide last skali buat juga la. Just taknak asyik fikir dah kena ke belum ke. Result paling cepat jumaat depan. Sebab lab diorang hanya buat test untuk Varicella Zoster tu seminggu sekali je iaitu pada setiap khamis. So sample darah saya ni akan diproses pada khamis hadapan sebab minggu ni dah terlepas.

20 CPUV Nuffnang

$
0
0

Alhamdulillah..lamanya take update blog Ni.. *sigh* Sesaje check kat Acc Nuff masih ada 20 CPUV masih on going. Penangan asyik cerita pasal rumah Ni..hehehe.


Persiapan Baju Sekolah Rendah Azri

$
0
0
Harini beli baju-baju sekolah rendah nak masuk darjah 1  untuk Azri. Saya kena siapkan sebelum hujung bulan ini juga sebab takut dah bersalin awal ke sebelum EDD 31 Dec ni. Nanti takdalah encik suami terhuru-hara nak kesana kumari.  Dah tentu-tentu masa naik sekolah hari pertama nanti saya dah tak boleh hantar Azri...huhu! 


Dah lah kat kedai tu jenuh fitting, balik rumah pun nak fitting lagi pasal nak tunjuk ke nenek dan hantar gambar kat abah plak...hihi. Baju sekolah biasa untuk hari Isnin sampai Rabu dan baju melayu Johor berserta samping hitam untuk hari khamis. Kasut dan stokin pun kena berwarna hitam. Dan hari2 kena pakai songkok ok..hihi

Sesi persekolahan di SRAB Batu Pahat kalini adalah cabaran untuk Azri sebab Azri akan bersekolah dari Pukul 8pagi sampai pukul 4.30pm kecuali hari khamis sahaja sampai pukul 1.30pm. Sebab SRAB Bp ni menggabungkan pembelajara sekolah rendah biasa dan juga sekolah agama..


Punya la blurkan sebab kali pertama anak nak masuk sekolah rendah, hua hua! So saya decide nak beli kat Kedai Uniform yang ada kat Aeon Big tu sebab saya takut tersalah beli lagi2 baju set baju melayu johor dengan samping hitam tu. Diorang mesti dah biasakan. Tak kisah la kalau mahal skit ke. Next time dah terel baru cari yang bajet2 skit hahaha!..
Lagipun senang, kedai tu boleh alter sekali lengan baju melayu dan kaki seluar. Malas mak buyong nak alter sendiri. Amboi jahit CP rajin plak..hahaha! *dushhh!*

Total untuk 3 Pasang baju sekolah biasa (baju+seluar) dan 2 pasang baju melayu johor dan (baju+seluar+sampin)..jumlah untuk 5 pasang RM320. Oklah kot, jenis fabrik pun selesa dan sedap. 

Tinggal buku2 je belum sebab kena tunggu hari taklimat, pendaftaran dan pembayaran 29 hb nanti. Mungkin akan diberi ketika itu sekali dengan pembayaran kot. Waduh, silap2 encik suami yang pergi sendiri..huhu!

Viewing all 539 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>