Quantcast
Channel: My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'
Viewing all 539 articles
Browse latest View live

Beli Stroller: Aprica Karoon

$
0
0
Dah lama juga saya berangan berkehendakan satu stroller yang memenuhi kriteria utama saya iaitu mestilah paling ringan dan senang dibuka/ditutup. Dulu2 masa anak satu dua saya masih selesa dengan cara babywearing sahaja. Takyah susah2 nak usung stroller. Tapi bila nak masuk nombor 3 ni saya macam rasa perlu juga nak sebiji stroller sebab takut tak terhandle tangan dengan baby, 2 anak, dan beg2 jika nak berjalan-jalan keluar nanti.

Tapi SSC tetap akan diusung juga bersama2 stroller in case kalau baby merengek nak didukung. Stroller ni lebih jadi port tempat letak beg, barang2 atau nak buat letak baby time nak makan atau nak tukar diaper (in case kalau baby room penuh).

Saya ada stroller lama (nak letgo pun) brand Sweet Cherry tapi bapaklah berat. Masa beli dulu tak berapa kisah sangat keberatannya. Last2 jarang guna sebab berat dan masa tu keadaan terkawal lagi kot nak outing dengan anak2 tanpa stroller.




Setelah pilih punya pilih, Yoyo lah, Combi Well Comfort, Combi pun 4.6kg. Last2 saya dan encik boss setuju nak beli Aprica Karoon sahaja sebab ringan betul 3.6kg. Ada lagi ringan tapi kebanyakan takleh pakai dari Newborn. Yang Aprica Karoon ni  boleh dari Newborn hingga 18kg dan handle pun reversible (forward & front facing)

In terms of maneuvering kira ok lah acceptable. Sebab dia ringan so taklah se-sturdy brand2 yang lain macam Yoyo ke etc. Yoyo pun berat skit tak silap 6-7kg dan kena beli dua seat kalau nak pakai dari NB. Seat untuk NB dan lepas 4+m.o baru switch seat duduk.

Tapi sebab kriteria saya yang paling utama mestilah ringan! so tak kisah la stylo ke tak sebab yang nak menguruskan stroller (buka & tutup) nanti pun encik boss. Dia memang tak suka kalau susah2 dan berat untuk unfold dan fold nanti..huhu

Masa saya test Aprica Karoon ni kat IOI City Mall minggu lepas pun memang ringan. Hubby pun dah bagi green light. Tapi stok plak habis tinggal display. Harga masa tu RM899, after less dari RM1,099.

(Google Pic)

Sebab ada pilihan hitam dan Aqua je so saya pilih je lah Aqua ni. Tapi saya beli kat Mudah. Kat seller online ni, COD saya dapat harga RM850. Okla kan walaupun tak sestylo Stokke, Quinny ke Recaro, Mclaren etc tapi janji ringan. Kalau beli hat roda macam beskal tu saya selalu wonder, gigih betul diorang bawak keluar masuk kereta ek..huhu! Saya guna SCR dulu berat skit dah maleh nak bawa..

Setel part stroller..action review kena tunggu baby keluar dulu..hahah!




Set Berpantang: Nona Roguy Herbanika

$
0
0
Pertama kali saya beli jenis set ni. Dulu saya beli minyak2 dia je. Kali ni terasa nak cuba the 
whole set.

Harga retail dalam RM365. Tapi sesetengah kedai jamu bagi diskaun. Saya dapat RM340. Lepas tu ada kawan bagitau beli online RM300 dapat free bengkung zig zag..whoaaa!

Kandungan yang ada dalam set ni. Yang untuk makan cuma ada dua jenis je iaitu Akar Herbanika dengan Phytonatal. Yang lain2 semua krim2 luaran. Uihh tak sabar nak melumur satu badan ni..hahaha!

Sekarang ni dah mula rasa lenguh, perut mengeras (Braxton Hicks) fuh kalau time nak tidur memang tak boleh lelap sebab segala posisi tidur  rasa tak selesa mula2..lepas tertidur jugak sebab dah ngantuk..behehe. Eh  . eh ceh cerita macam nak bersalin anak first je ek...Masa anak frfirst belum kenal blog lagi..huhu

#38minggu

Set Tropika untuk baby

$
0
0
Amboi tak tau la apa nafsu nak sambut baby baru kali ni Kemain ko cam anak sulung..hehe! Tah lah, rezeki baby kali ni kot, alhamdulillah. Haritu dah siap beli set untuk maknya, kali ni set untuk babynya plak. Tiba2 plak rasa produk Tropika ni macam best je. Walaupun anak sebelum ni tak pernah guna. Eh time Azri & Izzet dah ada ke produk Tropika ni?..

Mulanya saya dapat gift dari rakan yang beri saya Tropika Baby Hair & Body Oil dengan baby soap sekali. Tengok plak ingredient dia yang berasaskan VCO dan steroid free tu yang terasa macam nak tambah lagi. Bau pun wangi. Saya beli lagi Krim herbal tu untuk ganti minyak yuyi. Bahan asas krim tu dari minyak kayu putih dan vco sesuai untuk sapu kat baby lepas mandi ke untuk elak kembung etc. 

Body lotion pun beli nak sapu kat izzet yang baru lepas baik dari chicken pox. Banyak betul kesan chickenpox tu, harap2 kurang le skit parut tu. 

#Entering39weeks
#SemogadipermudahkanAmin

Susun-susun dalam storage

$
0
0
Sementara nak menunggu hari ni kan, sambil2 tu susunkan baju-baju baby yang siap dibasuh awal2 tuhari. Storage IKEA yang saya beli dulu. Sebab saya takda almari lagi, baju2 baby pun tak banyak lagi. So letak dalam storage senang nak sorong bawah sofa kat bilik bawah tu masa pantang nanti.

Ni je baju2 baby yang ada setakat ni. Tu pun campur2 dengan baju2 Azri dan Izzet yang mana boleh pakai balik..masa newborn dulu tak pakai lama pun. Yang dah kuning bertahi lalat hantar kat recyle..huhu!...Storage ni dia takda alas keras dibawahnya, bila nak angkat2 tu macam lembik skit. Patutnya isi blanket ke bantal spare ke atau teddy bear etc..

Yang ni ada dua storage dalam satu pack. Satu merah oren,  satu lagi biru hijau. Tak tahu nak isi apa, isi lah bantal2 dulu..hehe


yang ni stok Cloth diaper..haritu separuh je. Ni dah ambil lagi balance Cd dekat rumah mak. Yang mana dah reput koyak, kena campak dahh


Bekas comel ni buar letak krim2 baby je..tapi takleh tutup dah pasal botol2nya tinggi2 plak..hahah


Katil baby: Graco Pack N Play

$
0
0
Haritu kan saya ada mentioned yang saya memang nak beli baby cot. Konon nak beli katil baby IKEA tapi dah pergi bila pegang2 tak tahu lah apesal rasa macam tak berkenan. Rasa berat, rasa bulky dan rasa macam makan space kalau nak simpan kelak dan macam2 lagi.

Last2 saya beli jenis begini je. Dah survey macam2 rasa macam Graco ni lebih praktikal dan worth it kot. Kebetulan ada sales dekat Littlewhiz dari RM800++ jadi RM499 je which lagi murah skit compare kat kedai2 baby. Tapi corak dia je lah terhad yang ada corak ni je. Saya lebih prefer plain dan yang gelap2 skit.

Littlewhiz ni memang selalu gak buat sales murah2 dari online store yang lain. Kat mana tu? leh klik kat belah kiri blog akak ni 'Jom Shopping' ada link dia ;)

Sabtu kot saya order, selasa dah sampai depa guna Airpak. Sekali dengan item yang lain. Shipping cost utk playpen ni RM20 sebab item oversized dan berat juga lebih kurang 13kg



Jam2 tu gak akak nak assemble tak sabau..hehe! Senak perut jap ..kejap bangun kejap duduk..hihi! Dengan budak2 ni lagi yang asyik2 pegang tu..pegang ni..

Selain jadi playpen bila baby dah besar skit, ada juga infant bassinet (yg biru tu) yang tu kita  boleh jadikan tempat tidur baby dari Newborn dan boleh menampung baby sehingga 7.0kg. Cuma alas dengan mattress yg nipis atau buat tilam kekabu custom made ikut size frame Graco ni.

Graco Pack n Play ni ada sekali Reversible Napper & Changer. Yang putih tu. Tak pasti la fungsi Napper tu tapi lebih untuk letak bayi atau kalau nak main2 dengan baby kejap ke.


Lepas tu kita boleh terbalikkan benda ni dah jadi diaper changer plak. Ada button push kat tepi tu.


So jadi lah gini plak bakul tu. Material untuk mode diaper changer ni jenis yang boleh di lap lah bukan dari jenis kain.

Cuma kalau beli yang ni takleh la nak buat stail bukak tepi dan rapat ke sisi katil time waktu malam. Atau siang pun..bila nak menyusu kena angkat dan letak semula bila tidur.

Bila baby dah lebih 7.0kg..infant basinet yang tengah tu semua kena bukak dan gunakan bahagian bawah je sebagai playpen. Dan boleh guna sampai baby tu dah 15.0kg lebih kurang 3 tahun la..3 tahun tu dah takda makna dia nak main dalam tu de..hahaha! Silap2 dia dah pandai jalan benda ni pun dah simpan terus kot.

Ohh, dia ada bagi beg untuk simpan playpen ni bila tak digunakan lagi kelak. Bila dah lipat2 tu takda lah besar sangat! 






Puteri yang dinanti

$
0
0
Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin baby girl, 4 hari sebelum EDD 31 Dec 2014.
Kira late 39weeks juga lah dah hampir nak masuk 40 weeks. Ok sambung cerita later.. ;)

Cerita Kelahiran ketiga

$
0
0
Alhamdulillah harini dah hari ke8 berpantang. Dari haritu lagi nak mengarang tapi apesal tah malas nau..huhu. Kali ni bersalin 39 minggu juga. Tak sampai due date lagi. Alkisahnya,     sehari sebelum bersalin tutup tu..saya dah rasa macam sengugut skit dari pagi sampai ke malamnya. Tapi belum keluar apa2 tanda lagi. Disebabkan cerlage pessary saya belum tanggal lagi tu yang saya anxious sangat. Doktor tak removed masa 36 weeks tu sebab anak2 baru baik dari chicken pox. Dia takut kalau removed dan bersalin cepat takut plak baby kena jangkit plak.

Selepas dah satu hari rasa macam sengugut, esok 27hb tu pagi2 masuk toilet, tengok discharge bercampur cokelat skit. (Saya memang banyak discharge sepanjang pakai cerclage pun). Sakit contraction pun tak rasa sangat kecuali rasa  macam sengugut tu sama rasa masa nak bersalin izzet.

Terus mandi, siap2 breakfast skit tapi saya masa tu dari semalaman tak selera makan. Cuma makan telur separuh masak je. Sebab rasa loya mual semua datang balik. Sampai hospital Pantai Batu Pahat pagi sabtu dalam kul 10am memang takda orang bersalin pun kat labor room haritu.

Ni waktu dalam labor room. Labor room dia tak macam HUKM ada bilik kecil,  mula2 saya ingatkan wad sebab ada tv..hoho. Tapi labor room dia tak banyak la ada lebih 2 ke 3 bilik tak silap.. kalau time ramai nak beranak ni mahu kena que..huhu

Dah masuk labor room doktor terus removed Arabin pessary untuk check bukaan. Lepas removed, bukaan dah 4-5cm, dah boleh bersalin kata doktor terus dia pecahkan ketuban. Dalam kul 11am lebih gitu la. Saya request epidural juga untuk kalini macam izzet dulu. Tak tahu lah anak keberapa nanti nak ada courage untuk 'drug free' delivery..huhu.

Lepas dah siap pasang epidural semua so tunggulah bukaan sampai 10cm nanti. Proses nak pasang epidural tu pun bukan simple kena doktor anaesthetic bersihkan kawasan bbelakang badan dulu..spray etc pastu baru cucuk kat spinal.


Lebih kurang macam dalam Google Pic ni.. lepas tu akan ada satu tiup halus sambung ke situ mcm IV drip untuk masukkan ubat epidural tu. Dan epidural tu akan on ikut dose yg dah disetkan sampai dekat2 nak bukaan 10cm nanti.


Dah pasang epidural tu tak bermaksud tak sakit langsung, bila tiba saat kepala baby dah turun tu memang rasa sakit nak meneran tu ada. Cuma kurang la skit rasa sakit dari mula proses kontraksi tu. By the time pukul 2pm gitu bukaan dah 9cm tapi kepala baby macam masih tinggi lagi. Tapi saya rasa macam nak meneran je bila tiba contraction tu.

Dalam kul 2 setengah gitu doktor pun sampai. Dah siap2 suh push bila datang contraction. Fuh kali ni memang mencabar gak meneran. Tak silap masa izzet dulu 3 kali lebih kurang teran dah keluar. Yang ni 2-3kali pun rasa macam jauh je. Memang kepala baby masih tinggi skit masa dah bukak 9cm tu.

Lepas beberapa kali cubaan meneran tu, doktor offer vakum sebab tengok buasir saya macam nak bengkak terkeluar. Baby belum nampak kepala sangat lagi kt muka tu..huhu. Bila saya fikir kang teran lagi buasir bengkak merana plak dalam pantang nanti nak buang air besar..huwaaa! Saya menyerah je ok lah guna vakum. Sempat juga tanya nanti kepala baby lonjong ke doc..doc cakap sekejap je nanti hilang.

Pertama kali guna kaedah ni saya ingat macam mesin ke apa. Rupanya dia macam pam juga. Ada satu alat panjang yg akan dimasukkan sampai kat kepala baby tu dan nurse akan tekan pump ala2 macam pam belon kat kaki.

Ingat vakum kita tak teran dah..rupanya kena teran juga huhu. Tapi mudah lah skit kot. Alhamdulillah kepala dia tak lonjong pun cuma ada skit je macam benjol atas kepala tapi by hari kedua hilang dah. Mungkin sebab saya dah teran banyak dan kepala baby dah skit je lagi nak kuar. 

Keluar2 dapat terus skin to skin kat dada. Rasa lega plak dapat pegiang baby yang rasa hangat2 tu baru keluar kat dada. Nurse tak menyabar nak ambil cepat, saya tahankan sampai uri keluar pastu baru nurse ambil.

Lain anak memang macam-macam  pengalaman baru. Alhamdulillah buasir tak tak bengkak sangat, saya pun tak sembelit. By hari kedua dah boleh buang air besar.

Sibuk betul abang-abang ni dengan adik baru. Yang si Azri sibuk nak pegang baby. Yang si Izzet kejap2 nak cium baby. Tapi masa mula2 dia nampak baby menyusu, dia terus menangis, nak dukung dengan nenek sambil tutup muka dia. Ye lah dia sedih sebab port menetek dia dah kena ambil alih dengan adik baru. Izzet pun sebenarnya masih lagi mengempeng walau dah 3 tahun ni. Baru2 ni terpaksa berhenti sebab dia kena chicken pox awal bulan tuhari sebab takut jangkit ke saya.

Apa2 pun dah selamat semuanya. Dah hari ke8 pun harini. Baby '01' lahir di Batu Pahat, Johor. Abang2 IC '14' lahir kat KL.. ;)

Meet The Princess

$
0
0
Harini dah masuk hari ke11 berpantang..dan 11hari juga usia baby. Seperti biasa baby kali ni pun terkena Kuning juga macam abang-abang dia dulu.

Hari ke5, nurse datang melawat kat rumah suruh pergi check kuning kat klinik kesihatan. Kami pun pergilah kat KK Batu Pahat lepas maghrib sebab KK tu bukak sampai pukul 9 malam rupanya. Bacaan kuning pada hari ke5 agak tinggi juga 14.2mg/. tapi masih tak perlu admit lagi sebab tak lebih dari 15.0. Kira ok lah kalau compare dengan izzet dulu hari ke6 dah 16.0 tapi border line kat hospital Kajang untuk admit adalah 16.0 kira selamat juga masa tu.

Patutnya esok kena repeat tapi sebab encik boss bz dan kami pun saje malas nak pergi lagi..huhu Selang 2 hari lepas tu baru kami pergi lagi. Lepas 2 hari pun turun setakut je.. 13.2.. hmmm.. agaknya kalau pi berturut tuhari pun takda beza , sib baik..kesian kat baby kena cucuk2 ni..huhu. 

Lepaa tu patutnya kena repeat lagi selang sehari iaitu harini. tapi sekali lagi tak pergi sebab 
encik boss lak outstation.

Dah hari ke 11 baru nak share gambar baby. Alhamdulillah hari ke7 haritu dah selamat buatkan Aqiqah untuk baby dan beri nama.

Azra Arya Zahra nama yang dipilih. Lahir 3.88kg..lebih 100g dari Izzet.. berturut2 lak berat..Azri 3.6kg, Izzet 3.7kg, Azra 3.8kg.. hihi. Nama Azra ..Azri yang bagi idea dari sebelum bersalin lagi. Dia kata apakata letak Azra sebab nama dia Azri. Terus kami cam eh 
ok juga Azra. Bila cari makna Azra pun dalam Arab maknanya Dara, perawan. Okla tu. Yang Zahra memang nama yang saya nak letak sangat dari dulu lagi kalau dapat anak perempuan. Akhirnya, Allah makbulkan juga hajat saya..Tinggal nama tengah..fikir-cari-suai-padan akhirnya terkeluar nama Arya. Then google makna, maknya pun baik2 iaitu Mulia, Dihormati dalam bahasa Sanskrit. Encik boss pun approve pilihan nama kalini..sebab dulu ada kata kalau baby girl nama saya akan pilih..hihi

Ni pic masa fresh baru2 keluar dari 'oven' hihi. Suka time dapat pegang dan rasa badan dia masa sejurus keluar tu. Rasa hangat2, basah2 ..rasa lega kejap sakit meneran tu..huhu


Confinement Treats

$
0
0
Hadiah sempena melahirkan Puteri yang pertama. Terima kasih encik hubby ♡ ;) 
Sebelum pakai, kena transfer dulu semua khazanah dalam Note lama ke Note 4 ni. Terutamanya Gambar-Gambar. Proses pemindahan gambar yang mengambil masa satu hari satu malam..huhu. Dalam Gallery gambar je ada 2000 lebih gambar. Dan saya ni pulak sindrom mesti nak 'angkut' juga semua pic2 tu..huhu. Dulu masa berhijrah dari Note I, semua pic dalam tu diangkut ke NoteII. 

#Galaxy Note 4
#Day13 Confinement

Pembuka 2015

$
0
0
Dah 9 hari melangkah ke tahun 2015 saya baru nak merasai semangat tahun baru 2015..hihi. Baru lepas bersalin 27hb Dec lepas tu rasa macam 'jet lag' je walaupun dah masuk New Year tuhari.  Rasa macam di tahun sudah je.

Dah hari ke 14 hari ini genap 2 minggu tempoh berpantang baru rasa macam dah ' segar' sedikit. Segar dari segi pemikiran..baru leh fikir apa yang saya nak buat sepanjang 2015 nanti..eh cewahh!

Tiba2 buku resit. Nak habaq buku resit 2014 ngam2 habis hujung 2014 tu. Yang tebal tu hat untuk 2015 punya. Ala, habis buku resit bukan kata sales laju tapi menunjukkan peningkatan lah. Bukannya banyak mana pun..elaun duit encik boss bagi lagi banyak dari ni. Walaupun tak banyak mana tapi saya puas hati sebab hobi ni mendatangkan hasil. Baru le semangat dan bertambah minat. 

Insyallah lepas pantang ni dah bertambah dah kerja, dengan nak menyusukan anak kecik lagi. Dengan Azri dah masuk tahun 1. Hari2 tugas kena hantar dan amik dari Sekolah. Dengan hal ehwal rumah tangga, kemas, masak, beli barang dapur. Dah lepas setel semua baru lah boleh hadap jahitan. Itupun kalau tak keletihan lah..huhu.

Stok Cloth Pad pun banyak dah habis. Bila habis ramai plak tanya. Buat masa ni memang tutup mesin. Tunggu sampai 'hari Merdeka' 4 febuari nanti baru lah bermula rutin harian..

Kali ni berpantang pun nak berpantang betul2. Nak jaga badan betul2. Dulu2 macam tak ambil kisah je waktu berpantang. Kali ni nak ambil berat dan jaga kesihatan dalaman betul2. Tapi segala jamu dan ubat herba takleh ambil lagi sebab Azra kuning lagi walau dah masuk hari ke 14 ni..tunggu check darah yg seterusnya ahad ni. Harap2 dari 10.0mg/dl haritu nanti turun lah banyak kalau boleh bawah dari 5.0mg/dl. 


Hampir terlupa juga  setiap 1hb ditahun baru, blog ni pun menginjak ke satu angka lagi. Dari 2009 hingga 2014 genap 6 tahun menulis dan mencoretkan diari kehidupan untuk kenang-kenangan di masa hadapan..

Hari Pertama di Tahun 1

$
0
0
Hari ni Ahad sudah bermula persekolah di Johor. Seawal pukul 6 pagi azri dah kena 'kerah' bangun. Macam biasa, liat bukan main. Lebih kurang 20 minit juga lah.

Tahun ini Azri mula persekolahan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat. Alhamdulillah ada rezeki masuk sekolah tu. Senang hantar pagi, balik pukul 4.30 petang. Siap belajar sekali kurikulum Sekolah Agama. 

Selfie jap sebelum pergi sekolah..hehe!



Gambar2 yang diwasap oleh encik boss. Tak dapat nak teman sebab baru hari ke 15 berpantang..whoaa

Petang lepas balik sekolah. Pukul 6 dah tertidur. Letih gaknya sebab subuh dah bangun.


Garaj Kereta

$
0
0
Nak share entri pasal pemasangan Garaj Kereta Polycarbonate (Skylight).  Masa renovasi fasa ke2 sebelum raya tahun lepas. Saya memang dah request nak tempat letak kereta kat laman tepi rumah belah depan sekali macam dalam pic bawah ni.

Jadi sebahagian kawasan berumput tu terpaksa dikorbankan. Simpan kawasan bertanah lebar2 pun bukan saya ni jenis rajin nak berlanskap pun..kawasan rumput yang tinggal tu pun masih kosong saya tak tanam apa2 pun lagi..huhu

Muat2 untuk 2 kereta sahaja sebab saya taknak kereta parking depan pintu pula. Jadi senang anak2 nak main lapang gini. Lantai pun takdalah kotor bertanah kalau kereta keluar masuk.

Besar juga garaj ni..ukuran dia 22'kaki panjang x 14.5'kaki lebar. Sebab saya nak frame dia fully stainless steel. Harga pun menangis lah macam dalam quotation tu..huhu!

Ni masa proses nak pasang frame dia. Lebar 14 .5 kaki ngam2 sampai tiang besar tu je takleh depan lagi. Nak pasang ni frame ni sahaja ambil masa 2 hari. Hari kedua lepas siap dia sambung, welding sana-sini baru boleh dia amik ukuran untuk atap polycarbonate plak. Jadi proses siap pasang ni makan 3 hari gak lah.

Pic setelah siap. Sebenarnya kalau kena hujan lebat berangin memang basah juga sebab bumbung rumah tinggi kan. Fungsinya lebih kepada teduhan dan kalau time hujan bukan pintu takdalah basah kan.






Pembalut Buku Latihan

$
0
0
 Pasal pembalut buku pun nak cerita. Maklumlah kali pertama anak masuk sekolah tahun 1. Lama dah tak buat kerja balut membalut ni. Teringat zaman sekolah dulu. Zaman universiti pun ada balut2 juga..hehe. Azri kata buku latihan ni cikgu suruh balut. Zaman2 ibu dulu tak payab balut..yg balut buku teks je..huhu

Sekarang dah senang. Dah siap2 ada pembalut untuk buku tulis. Tapi kalau ada buku2 lain masih juga kena guna pembalut plastik konvensional ye dak..

Sebab saya masih berpantang, semuanya Mr. Momma kena carikan. Dia siap2 beli gini untul buku latihan. Dulu memang dah ada kot tapi plastikbya tak berapa tebal..nipis. Ini kali macam tebal juga. Ala2 macam sampul clear folder tu tapi nipis skit.


Bagus juga. Senang kerja. Tp kita tengok berapa lama ketahananya. Tapi sebab banyak lagi mr.momma belikn. Kalau koyak kita sampul baru lagi..hehe.

Buku latihan untuk tahun satu ni di bagi oleh cikgu setiap matapelajaran. Cikgu dah siap2 tuliskan nama lagi. Ingat kena beli siap2 macam zaman saya dulu. Mungkin untuk tahun 1 je kot cikgu siap2 buatkan.


Projek Kabinet Dapur: Fasa rekaan

$
0
0
Akhirnya, projek untuk KC dapur akan bermula. Lama tau menunggu dari pindah lepas tu postponed sebab nak renovate..extend dapur..etc. Dah siap renovate fasa ke2 sebelum raya tapi tak sempat nak buat aksesori dalam plak. Satu2 je kena buat sebab encik boss bz sangat.


Dah dapat contoh design untuk KC. Kasi mode sketch dulu sebab banyak tak ikut spec yg saya nak. Sebelum ni orang tu dah datang rumah dan tengok. Saya pun dah briefing stail apa yang saya nak, color, jenis etc. Tapi bila sketch ada juga yang tak ikut specs..huhu biasa lah sekali cakap mana dia nak tangkap semua. 

Ni sketch part by part yang saya crop..hehe. Sebab ada 3 tempat yang saya nak buat KC tu. Disebabkan size dapur saya ni agak narrow skit..means dia tak berapa luas tapi lebar je.. panjang  (ke belakang) dia cuma 8 kaki tapi lebar (dari kiri ke kanan rumah) dekat nak 30 juga kot.

Untul ruangan memasak..ala2 dapur basah bentuk L-shape macam dalam sketch tu. Tengok pic kecil..kecik je ruang masak saya..kih kih



Ni plak sketch untuk ruang KC kedua yang mengadap tempat masak tu. Kat situ ada mesin basuh. Ada kabinet atas dan worktop berlaci untuk simpanan. Mesin basuh memang lokasi dengan pintu keluar dapur. Senang terus sidai kat belakang.

Dan ada ruang kosong kat bawah tangga dapur tu. Kat situ semua nak buat pintu utk jadi stor dapur letak penyapu mop dan lain2..


Yang ni pula ruang KC ketiga.  Bersebelahan dengan ruang makan. Tempat dapur lama. Kalau ikut sketching akan ada pintu kaca betul2 kat line putih kat lantai antara lantai kayu dan tiles tu..kalau perasan. Ni wishlist saya nak ada pintu bifold kaca macam saya cerita kat entri ni tahun lepas.

Lepas pintu kaca tu ada KC untuk dry kitchen la konon kat sini..hehe. Saya dah memang request standby kat piping kat tepi dinding tu untuk sinki skali. Tempat basuh tangan ke etc takda jauh nak ke dapur hujung tu.

Saya siap2 bagi google pic ni. Saya nak tema putih dan cermin. Bawah putih atasnya cermin. Yang putih pula nak jenis macam dalam gambar tu. Cermin pun..

Huhu tak tahu lah hasilnya macam mana. Saspen  sungguh. Kita tunggu lagi sebulan dua..harap2 seperti yang saya nak lah..sipi2 pun boleh la. Janji siapkan KC. Rimas dah tengok barang2 simpan terbuka je...





Sindrom '1st baby girl'

$
0
0
Pejam celik dah 30 hari berpantang. Waktu dalam berpantang ni lak maknya laju je menyopping yop..huhu. Dah kata takleh buat apa..so kejenya meyopping aksesori untuk azra tak habis2..

Knotted Headband. Asyik dok tambah benda ni je. Ni gara2 geram tengok anak che ta ler ni..hihi..

Yang ribbon ni dari sebelum bersalin dah beli awal2. Pastu dalam pantang sambung tambah lagi. Padahal senang je kot nak DIY..kih kih. Bilanya nak pakai banyak2 tu tak tau ler..kang tau2 dah besar tak muat dah. 

Jadi Sebab nak tunggu jalan lama bebenor. Dalam hari lagi ibu dia dah 'selfie' kan anak dara ni dengan headband..hahaha..


Bunga lagi besar dari kepala ..huhu

Yang ni tak menahan...

Sampai keluar jerawat saya melaram...hihi

Merenung masa depan memikirkan habis lah pasni aksesori apa lg yg ibu dia nk meroyan..kih kih

Azra Arya Zahra....Alhamdulillah. Syukur pada Allah S.W.T kerana mengurniakan cahaya mata puteri sebagai penyeri dalam keluarga kami..













Demam sudah

$
0
0
Akhirnya buat pertama kalinya azra demam. Cian azra dalam hari pun dah kena demam. Ni berjangkit dari abang-abang dia lah ni. Mula azri yang dah kena batuk selsema seminggu selepas naik sekolah. Mana tak batuk, bagi duit belanja asyik beli air sejuk je kat sekolah. 

Azri memang alah air batu nanti tonsil dia cepat bengkak, batuk demam. Yang paling teruk sampai kena admit wad awal tahun lepas sebab tonsil dia kena infectious mononucleosis.

Lepas tu izzet pulak jangkit. Dah masing-masing kung-kang, sok-sek satu rumah. Lepas tu sibuk je nak cium-cium baby azra. Dah halang-halang pun kena juga

Dari kelmarin saya dah perasan dia dah mula batuk-batuk bila tengah malam. Lepas tu badan dan rasa dedar-dedar sedikit. Semalam satu hari badan panas, check suhu asyik 38c ke atas sampai ke subuh.

 Saya memang fobia skit bila baby badan panas ni. Teringat izzet waktu 2-3bulan tak salah. Demam selepas cucuk klinik sampai hampir nak sawan bila anak mata dia dah mula tertarik tarik ke atas. Rush pergi emergency KPJ Kajang, suhu dah 40c terus kena mandi sebaldi air berais..

Alhamdulillah, harini dah tak panas lagi badan azra. Semalam kene mendemah badan dia dengan air paip. Sampai pukul 3 pagi check semalam check suhu yang paling tinggi 39c. Pagi-pagi buta kena jirus air lagi. Dengan saya-saya pun basah sebab kena jirus sambil dukung untuk mengurangkan kemelalakkannya. Pegang pun melalak apetah lagi rendam dia terus dalam besen...

Saya sapukan krim herbal telon Tropika untuk kurangkan batuk dia. Bila dah sapu kat dada dan belakang badan dia barulah nampak dia lega skit. Nasib baik juga dah beli siap-siap.

Sian bila dah ada baby kendian2 ni..sebab kalau adik beradik lain demam mesti jangkit. Yang paling untung abang azri, 10 bulan baru kena demam yang pertama. Izzet dulu pun masa dalam hari dah kena selsema je. 

Jadual Waktu

$
0
0
Lama dah membebel pasal ni tapi malas betul nak menaip..hehe. Off topic harini dah hari ke41 berpantang, dah nak merdeka weehuu! Ok ni nak bebel pasal jadual waktu.

Encik suami yang kena daftar dan ambil buku2 disekolah sebab saya baru lepas bersalin. Bila dapat jadual waktu ni terus blur jap. Singkatan semuanya. Mujur ada singkatan yang boleh saya tangkap. Dan ada juga beberapa singkatan yang saya tak tahu contoh DSV. Lepas tu keliru dengan BAK dengan BA. Kalau BA Bahasa Arab, BAK pula apa? Bahasa Arab Komunikasi. ? 

Dah 2 dekat nak sebulan sekolah baru saya tahu DSV tu Dunia seni visual. Itupan sebab nampak post kawan kat FB. Rupanya ramai juga yang dapat jadual waktu begini tanpa ada penjelasan untuk setiap singkatan. Saya ingatkan sekolah azri je..huhu.

Persoalanya kenapa pihak sekolah tak sediakan nota kecil untuk terangkan singkatan2 tersebut ek?. Peta dan graf pun ada legend untuk setiap singkatan yang ditulis..





KC work- in-progress

$
0
0
Harini tukang untuk kabinet dapur dah datang untuk pasang KC. Tapi tak siap lagi..


Loading segala para dan rak2nya.

Bahagian dapur massk..


Bahagian dapur kering...


Indoor sliding door...yang macam  saya ceritakan dulu dientri ini.

Teaser lah dulu ek. Nanti dah siap saya akan update yaa.. makan seminggu juga sebab kena pasang body dulu lepas tu baru leh ukur table top untuk pasang granitenya plak...







Deko: Hiasan Tangga

$
0
0
Ingat lagi tak entri pasal frame lukisan kaligrafi Asmaulhusna yang saya dah tempah dari tahun lepas lagi. Fuh berkurun betul dari tempoh nak mengangkutnya dari studio LK di Puchong hinggalah nak menggantungkannya. Masalah nak bawa lori kesana..berbulan juga nak arrange..kemudian dah bawa balik BP pun masih tersadai sebab nak tunggu orang pasangkannya semuanya sibuk dengan saya yang tengah menyarat lagi..kih kih


Akhirnya semalam baru gantung. Ukuran size frame dan style blok2 kecil untuk setiap nama tu memang saya custom khas untuk ruang ditangga ini. Ruang tangga memang masih kosong lagi tanpa sebarang hiasan lagi. In fact ni lah frame pertama yang digantung
diruang tangga ini.

Kadang2 rasa macam kosong pula. Terfikir juga nak letak meja console etc tapi bila fikir ada anak2 kecik ni macam leceh je. Jadi hiasan dibawahnya masih lagi dalam pencarian sehinggalah jumpa yang berkenan dan sesuai.

Saya dah terfikir nak letak sticker corak meja console begini dekat bawah frame tu. Sama stail macam deko jam dinding diruang tamu  saya dulu.  tapi macam susah je nak jumpa kat sini. Yang saya google ni pun jual kat overseas .. Rasa macam nak kena tempat custom kat kedai sticker kot.


Buat sementara saya cuma hiaskan carpet bulu tiruan ikea ni je. kih kih. Tengah terfikir untuk letak vase tapi berfikir dua kali bila kenangkan budak2 ni takut terlanggar tersepak..naya je.


Bila malam,memang buka lampu diframe ni sahaja. Nampak terang lagi kawasan tangga berbanding masa belum pasang frame. Reflectiom dari frame kot..hehe!



Pengedar Produk Tropika Baby Batu Pahat

$
0
0
Alhamdulillah, LaLiLo  telah berdaftar menjadi pengedar  untuk produk2 Tropika Natural Baby Skin Care. Pada yang ingin mencuba produk ini, kini boleh membeli di LaLiLo. Boleh e-mail, sms/whatsapp nombor dibawah, boleh PM FB LaLiLo atau saya sendiri ;)

Senarai harga produk Tropika.

Bermula sebagai pengguna yang berpuas hati dengan produk ini. Yang penting ianya tiada steroid. 

Krim herbal ni memang best sangat. Saya dah tak guna lagi minyak Yuy1. Krim ini terdiri dari bahan2 seperti minyak kelapa dara, minyak kayu putih etc. Tak rasa pijar pun kalau tersapu banyak.

Masa azra demam sebab jangkit batuk dan selsema masa dalam pantang haritu saya sapukan krim ini sahaja. Alhamdulillah batuk reda dah lepas 2-3 hari. 

So pada sesiapa yang berada disekitar Batu Pahat boleh COD terus dengan saya .. ;)


Viewing all 539 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>